” Baru tahu pemilik suara Upin Ipin yang versi English ni.. ” -Netizen

Video Temubual Bersama Pemilik Suara Watak Upin Dan Ipin Versi English, Norhafiza Aswadi. Wah Ini Rupanya Tuan Suara. Comel Macam Suaranya Juga !!

Siri animasi Upin Dan Ipin keluaran Les’ Copaque antara siri kartun kegemaran kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malahan di negara jiran Indonesia. Membariskan watak-watak utama seperti Upin, Ipin, Ehsan, Fizi, Jarjit serta beberapa watak lagi.

Jika watak Upin Ipin versi Bahasa Malaysia, semua orang tahu ianya menggunakan suara Asyiela Putri. Namun jarang dan tidak semua orang tahu, wajah di sebalik suara watak utama ini dalam versi bahasa Inggeris.

Meninjau akaun Instagram Les’ Copaque Film, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama seorang gadis bernama Norhafiza Aswadi. Mesra dengan panggilan Ija, inilah pembawa suara Upin Ipin english.

Ija turut bercerita bagaimana dia mendapat tawaran sebagai pengalih suara bersama syarikat tersohor itu. Semuanya bermula ketika Ija menghadiri Karnival Raudhah Di Hatiku. Membuat suara Upin Ipin ketika diminta oleh hos karnival, nyata ianya rezeki Ija. Suaranya mendapat perhatian salah seorang pekerja di Les’ Copaque di situ.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini lebih 2000 likes direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” Kami nak Instagram dia, letak la sekali. comel je tuan badan watak suara versi orang putih.. “

” Betul bukan dlm English right ke. Right right right haha. Comel mantap suaranya. Baru tahu ini tuan punya suara.. “

” Comelnya suara kamu, tuannya pun cantik dan comel. Pernah jumpe dulu dekat phuket dia ni tgh becuti ngan family dia taun 2017.. “

” Comellah suara dia, rezeki tu Alhamdulillah. Baru tahu pemilik suara Upin Ipin yang versi english ni. Kesukaan anak-anak sejak dalam perut sampai sekarang dah umur 10 tahun.. “

Comel suaranya, secomel tuannya juga. Bak kata orang, rezeki itu tidak sal4h alamat. Sudah tertulis rezeki Ija untuk bersama dengan keluarga besar Les’ Copaque. Suara kegemaran ramai kanak-kanak.

Semoga Ija terus maju jaya pada masa hadapan bersama produksi Les’ Copaque. Tidak hanya dalam bidang ini, malah apa jua bidang yang diceburi Ija nanti. Teruskan menghiburkan semua dengan suara comel tu ye.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Les’ Copaque Film Sdn Bhd

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..