” Baru tahu Datin anak perempuan tunggal.. ” – Netizen

Gambar Datin Seri Nur Shahida Bersama Ayah, Ibu Dan Adik-Beradiknya. Wajah Abang Sulung Datin Nampak Ada Iras Anak Datin, Ibraheem Lah. Part Datin Cerita Kenangan Pernah Kena Kunci Dari Luar Tandas Tu Alahai Kes1annya !!

Siapa tidak kenal Datin Seri Nur Shahida yang merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri. Malah, Datin Shahida juga dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan nasyid Solehah yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda.

Terbaru, Datin Shahida telah berkongsi satu gambar bersama keluarganya. Menerusi gambar tersebut, kelihatan ada bersama adalah kedua orang tua Datin Shahida. Tulis Datin Shahida, dia begitu beryukur kerana dapat berkumpul semula bersama keluarga tersayang.

Perkongsian gambar oleh Datin itu telah mencur1 perhatian netizen. Ada yang tidak menyangka bahawa Datin Shahida merupakan anak perempuan tungg4l. Selain itu, menerusi posting tersebut Datin Shahida turut berkongsi cerita ketika zaman kanak-kanaknya bersama adik-beradik yang lain.

Sehingga kini, perkongsian gambar oleh Datin Shahida itu telah mendapat lebih 30 ribu tanda suka dan ratusan komen. Alahai baru perasan, wajah anak Datin Shahida iaitu Ibraheem mirip seperti abang sulung Datin Shahida lah.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberikan pelbagai respon setelah melihat perkongsian gambar oleh Datin Shahida tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Baru tahu Datin anak perempuan tunggal. Patut lah gaya Datin tegas, haha dikelilingi jejaka-jejaka semuanya.. “

” Seronok datin, tak payah pkai tudung bila ramai2, sbb ipar smmua perempuann. Alhahamdulillah mak ayah datin pun tengok masih sihat dan kuat.. “

” Wah Datin seorang je bunga, smuanya kumbang. Hehehe ketawa saya baca Datin punya story, kenangan kan masa budak2 dlu.. “

” Comel datin cotek di kelilingi jejaka jejaka handsome. Abang sulung Datin muka macam anak datin baen lah.. “

” Yang lelaki semua ikut muka ayah, datin ikut muka mak datin. Seronok kan dapat berkumpul semula dgn keluarga.. “

” Syukur Alhamdulillah semuga senantiasa dilimpahi kesihatan keberkatan kasih sayang Allah dilindungi Allah senantiasa sekeluarga.. “

” Semua hero yer, datin seorang jer her0innyer, adik beradik las4k. Mengimbas kenangan lama datin, kelako cerita zaman kanak-kanak datin, kena kunci berejam2.. “

Comel jer tengok gambar Datin duduk tengah-tengah dikelilingi belakang jejaka-jejaka sad0. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga kedua ibu bapa Datin Shahida sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Nur Shahida Mohd Rashid

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..