” Baru dapat tengok muka pendua tu, ada iras Mira.. ” – Netizen

Wajah Sebenar Pelakon Pendua Yang Memegang Watak Manja Atau Manis Iaitu Kembar Kepada Mira Filzah Dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan. Wahhh Memang Mirip Mira, Cantik Orangnya !!

Jika anda mengikuti drama Bidadari Kiriman Tuhan, pastinya anda mengetahui salah satu watak utama drama tersebut iaitu pasangan kembar bernama Manis dan Manja. Watak kembar tersebut telah dilakonkan oleh pelakon cantik, Mira Filzah.

Drama ini bersiaran di saluran Astro Ria bermula pada 25 Ogos yang lepas dan telah pun menamatkan siri akhir pada 5 Oktober. Drama arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi oleh Zarina Zainuddin, Zul Ariffin, Ruminah Sidek dan Adlin Aman Ramli.

Drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis dan kembar seirasnya, Manja yang agak lemb4m yang hidup bersama mak dan nenek mereka yang sak1t. Watak kembar ini turut digalas oleh seorang pelakon lagi sebagai pelakon pendua untuk Mira Filzah.

Menerusi satu akaun Instagram, wajah sebenar pelakon pendua untuk watak Manja dan Manis telah dided4hkan. Jika dilihat di dalam drama tersebut, susuk tubuh dan pandangan sisi watak pendua tersebut sememangnya seiras dengan Mira. Nama pelakon tersebut ialah Azraini Abu Bakar.

Jom lihat perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Kalau korang nak tahu !!! Sebelah @mfmirafilzah tulah pendua untuk watak Manja and Manis πŸ˜πŸ’ƒ Nama dia adalah @azraini_ain . . B I D A D A R I K I R I M A N T U H A N Mulai 25 Ogas 2020 Setiap Isnin-Khamis 10 Malam di @officialriax Arahan – @rashidsibir Terbitan : @operaklasik . Dibintangi oleh @mfmirafilzah @zul_ariffin @zarinazainuddin_ @adlinamanramlie @fauziahnawi @maisarasufia @bazlyhanif @imranzahrin @haeriyantohassan @ruzaidiabdrahman_ @adik_dhia_official @raja_azura . #bidadarikirimantuhan #megadrama #dramasangat #kaubidadari #dramabergandaganda #mirafilzah #zulariffin #Meletop #Malaysia #love #kitabaikramaisayang #zahirahmacwilson #fattahamin #fazura #fattzura #hlive #emmamaembong #neelofa #wawacosmetics #syafiqkyle #wawazainal #amyrarosli #aydajebat #jannanick #demicantik #demica #ctdk #kitajagakita #Emiramirah #PengantinSatuMalam . . OST BIDADARI KIRIMAN TUHAN 🎢 WAJAH KEKASIH – @ctdk . @bambam_studios @officialriax

A post shared by 🌹✨ ππ„π‘π„πŒππ”π€π 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 πƒπŽπ’π€ ✨🌹 (@perempuantanpadosa.official) on

Jadi tidak hairanlah watak Manja dan Manis berjaya dihidupkan dengan begitu baik sekali kerana wajah pelakon pendua tersebut agak mirip seperti Mira. Antara komen-komen netizen :

” Ooo patutla. Tp watak pendua function sgt. Wpun dari belakang. ada gaya2 yg sama dia buat mcm Manis / Manja.. “

” Part manja tulis surat . berjurai air mata pakej hingus sekali . aku takleh move on lah dengan manja.. “

” RupanyaΒ dia ni kembar miraΒ dlm cite tu.. Mekap mcm mira fiza kan.. “

” Ad iras sikit muka mirafilzah.. Oooo baru dpt tgok muka pendua Tu… “

” Dia n rupa mira, sebjik serupa. nk2 bentuk mata.nya, pendek kata stu muka la rupa mira filzah… “

” Ada iras… Lepas ni jadi pelakonlah jugak.. Sama.. comel, dua-dua cantik.. “

Wah, sememangnya sama cantik dan juga berbakat. Tidak mustahil Azraini juga boleh melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.Β  Walaupun drama ini telah pun melabuhkan tirainya, namun masih ramai peminat belum move on dengan drama bersiri ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Perempuan Tanpa D0sa

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..