” Banyak kali ulang, power arr Kak Long. Sambil duduk pun dah hebat.. ” – Netizen
Video Amelina Menyanyi Lagu Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu Sambil Meriba Anak Perempuannya Tidur Raih Pujian Peminat. Wah Merdunya Kak Long, Versi Dangdut Pun Best !!
Digelar Ratu Dangdut suatu masa dahulu, siapa yang tidak kenal dengan nama Amelina. Antara lagu h1tsnya ketika itu adalah lagu Rindu Ah Ah dan Asyik. Malah Amelina juga adalah perintis bermulanya era kegemilangan dangdut pada era 90-an.
Meninjau akaun Instagram Amelina, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Amelina ketika berkaraoke bersama anaknya, Puteri Eira. Membawakan lagu yang dipopularkan oleh Ramlah Ram iaitu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, suara Amelina kedengaran merdu sekali.
Sudah namanya ratu dangdut, bawa apa lagu sekalipun pasti akan kedengaran alunan dan lengg0k dangdutnya itu. Berbeza dengan versi asal, nyanyian Amelina ini juga sedap didengar dan Amelina tetap mampu membawakan lagu bernada tinggi ini dengan baik.
Duduk santai sahaja pun power suaranya, manalah si anak tidak lena tidur di ribaan si ibu. Lagi kuat Amelina menyanyi, semakin lena Puteri Eira dibuatnya. Sampai tarik lengan dan tidur bawah ketiak ibunya ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Setakat ini, video oleh Amelina ini telahpun mendapat lebih 74 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat :
” Anda dilahirkan dan ditakdirkan untuk jadi penyanyi. Banyak kali ulang, power arr kak long. Merdu suara, sambil duduk pun dah hebat.. “
” Alahah sedapnya suara kak Amelina, lemak merdu berkrim. Mendayu dayu dengar lagu ni bila Amelina bawak dalam versi dangdut.. “
” Bestnya lenggok akak menyanyi lagu kak ramlah, menus0k ke jiwa. Dah macam lagu hindustan, ada penyampaian tersendiri.. “
” Sedapnya lahai , lenggok amelina tu sampai lebih 5x repeat ni. Jadi lain lagu, sedap juga dengar versi dangdut macam ni.. “
” Haha dapat mak penyanyi siapa tak suka. Kalau kita pun minta hari hari suruh nyanyi . Suara lunak merdu macam ni, dah macam kena dod0i anaknya.. “
” Hmm kalau suara macam ni kita vote bagi markah 100 %. duduk santai pun suara maintain je, siap lenggok hindustan lagi.. “
” Sedapnya suara Amelina bawak lagu ni versi dangdut, mendayu dayu jadinya. anak pun macam dalam buai lena betul dengar mak karok.. “
Suara yang lunak dan merdu sama seperti dahulu, tidak jauh berubah. Untunglah Puteri Eira ada tukang dodoi macam ni. Apa-apa pun, semoga Amelina sentiasa maju jaya dalam karier dan bahagia bersama anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amelina Amir
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..