” Bangga saya di apit dua wanita pelbagai kaum.. ” – Bell Ngasri

Wajah Diabadikan Pada Lukisan Mural Di Dinding, Perkongsian Bell Ngasri Raih Perhatian Ramai. Wah Kapsyen Pun Bukan Main Lagi Permintaannya. Tak Pernah Tak Kelakar Bell Ni !!

Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pelawak yang berbakat besar ini iaitu Bell Ngasri atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri. Mula menceburi bidang seni sejak di usia kanak-kanak lagi, Bell mampu mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Meninjau ke akaun Instagram, Bell telah berkongsi sebuah video yang memaparkan lukisan mural wajahnya yang diabadikan di dinding sebuah bangunan di Muar, Johor. Perkongsian video ini telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 200 tanda suka.

Lukisan yang bertemakan pelbagai kaum di mana Bell mewakili kaum Melayu, manakala dua orang wanita di kiri dan kanan Bell pula mewakili kaum India dan Cina. Lukisan tersebut sangat cantik sekali dan sangat sama dengan wajah sebenar Bell.

Bell memanj4tkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Joey Daud, pelukis kartunis Soya Souya dan team mereka dalam menjayakan lukisan yang amat cantik ini. Sempat lagi Bell bergur4u untuk mencukupi 4 orang wanita di belakang gambarnya itu.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bakal2 Trema Anugerah Dato nie tak lama lagi. Doaku buat 2 teman Dan sahabatku bellngasriofficial Dan joey_daud . Amin.. “

” Uihh bangga, Org MUAR moh kita UNDI Abg Bell bellngasriofficial.. Hahaha bukan orang lain pun.. yek.. “

” Ya Allah Muka Bell ke? Every day i lalu utk ke tempat kerja tak tahu muka Bell rupanya.. Jambatan ke jabatan haha.. Ampun tuanku.. “

” Lukisan di kampung saya ni bang… ehhhh… mural lagi hensem laaa.. Ampun tuanku.. smlm baru nampak kat muar.. “

Sekadar info, Bell merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri. Namun kini hanya Bell sahaja yang masih aktif dalam dunia lakonan.

Bell sememangnya layak untuk diberi pengiktirafan dengan diabadikan gambarnya pada lukisan mural di dinding kerana bakatnya yang tersendiri. Semoga Bell Ngasri terus berjaya dalam industri hiburan dan tidak jemu menghiburkan peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..