” Bang Nuar memang ada simpan tangki 0ksigen ke.. ” – Daebakingz

Video Anuar Zain Ketika Membuat ‘Sound Check’ Raih Perhatian Warganet. Wow Dah Macam Konsert, Menyanyi Biasa-Biasa Macam Tu Pun Dah Sedap !!

Anuar Zain antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat. Antara lagu-lagu Anuar yang h1ts sehingga ke hari ini adalah seperti ‘Keabadian Cinta’, ‘Sesucinya Cintamu’, ‘Lelaki Ini’, dan terbaru ‘Sedetik Lebih’.

Anuar juga dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi untuk satu-satu persembahannya. Namun tak hairanlah kalau harga suaranya dibayar dengan harga tinggi kerana suara Anuar ini memang mahal dan unik.

Meninjau di akaun Instagram DaebaKingz telah berkongsi satu video yang memaparkan Anuar sedang membuat sound check ketika satu majlis. Meskipun Anuar hanya menyanyi dalam bersahaja, namun Anuar sangat menjaga vokalnya.

Dalam video itu, Anuar Zain telah menyanyikan lagu ‘Keabadian Cinta’ seolah-olah seperti sedang menyanyi di sebuah konsert. Lagi-lagi mendengar ketika part Anuar ‘tarik’ suara memang p0wer walaupun menyanyi dalam keadaan bersahaja.

Jom tonton video di bawah :

Sekadar info, Anuar juga pernah cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem ‘Bintang Hati’ bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi, Amy Matura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni.

Sehingga kini suara Anuar masih dikagumi ramai. Ramai yang melabelkan Anuar mempunyai suara emas dan unik. Apa-apa pun, semoga Anuar Zain akan terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan dalam apa-apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG DaebaKingz, Anuar Zain

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..