” Baiknya suami macam ni, semoga bahagia sampai ke Jannah kak Abby.. ” – Netizen
Abby Abadi Kongsi Video Suaminya Membelikan Basikal Buat Anak Angkat Mereka, Daiyan Dan Dayana Dapat Pujian Netizen. Alahai Bertuahnya Anak-Anak Ini, Untung Abby Dapat Suami Penyayang Dan Pemurah !!
Umum mengetahui, Abby Abadi mempunyai tiga orang anak angkat yang diambilnya semasa kesemuanya masih bayi lagi. Mereka ialah Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Sekejap masa berlalu, sudah 2 tahun Abby dan suaminya menjaga dua anak angkatnya, Daiyan dan Dayana.
Tiada istilah membezakan anak kandung atau pun anak angkat, kesemuanya diberi layanan sama rata. Malah rezeki keluarga Abby semakin murah sejak kehadiran mereka. Ternyata betapa beruntungnya Daiyan, Dayana dan Darda kerana mendapat kasih sayang daripada mama dan abah yang sangat menyayangi mereka.
Terbaru, menerusi laman Instagram Abby Abadi telah memuatnaik sebuah video. Video tersebut memaparkan Daiyan dan Dayana berada di sebuah kedai basikal. Menurut Abby, suaminya Faizal Zakaria ingin membelikan basikal kepada Daiyan dan Dayana.
Menurut Abby, sehabis daya mereka cuba untuk membahagiakan anak-anak mereka. Tambahnya lagi, suaminya sangat bermurah hati dan tidak lokek wang ringgit untuk membelikan pelbagai barangan buat Daiyan dan Dayana. Alahai bertuahlah Daiyan dan Dayana kan !!
Di bawah ini adalah video yang dikongsikan oleh Abby Abadi. Jom tonton !!
Perkongsian Abby ini mendapat pujian daripada netizen dan mereka menyatakan beruntungnya Daiyan dan Dayana memiliki ayah dan ibu seperti Abby dan suami. Ini antara komen-komen mereka :
” Baiknya suami macam ni semoga bahagia sampai JANNAH k abby sekeluarga.. “
” Allah datangkan rasa bahagia itu dgn pelbagai cara, ini lah di antara nya.. “
” Comel-comel anak nih. happy sangat lah tuh dapat basikal. Ada jer rezeki untuk ank2. Aaminn.. “
” Allah huakbar. Alhamdulillah bertuah anak2 ini, murah rezeki sentiasa.. “
” Jangan r1sau Allah akan bagi rezeki yang lebih bila bahagiakan anak2.. “
Alhamdulillah, beruntungnya Daiyan dan Dayana kerana dikurniakan mama dan abah yang sangat baik dan penyayang pada mereka. Suka sangat melihat kasih sayang yang diberikan buat anak-anak ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Abby dan suami terus dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin..
Terima kasih kerana membaca.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..