” Bahagialah sayang.. ” – Elly Mazlein

Video Anak Elly Mazlein, Puteri Sara Sefhia Bersama Cikgu Azlan Berkayak Di Laut Raih Perhatian Ramai. Wah Seronok Sefhia Mempunyai Bapa Yang Rajin Melayannya !!

Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian video terbaru anaknya, Puteri Sara Sefhia bersama bapanya, Cikgu Azlan telah meraih perhatian peminat. Baru dikongsikan beberapa minit, p0sting ini telah menerima lebih daripada 100 tanda suka.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Sefhia dan bapanya bersama-sama melakukan aktiviti kayak di lautan. Kedua-duanya berjalan menuju ke tepi laut dan kemudiannya mendengar sedikit penerangan sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Sefhia sememangnya sangat rapat dengan bapanya ini walaupun Cikgu Azlan merupakan bapa tir1nya. Setiap kali keluarga ini pergi bercuti, Cikgu Azlan sangat rajin melayan Sefhia melakukan apa sahaja aktiviti.

Pastinya Elly sangat bahagia melihat keakraban Sefhia dan Cikgu Azlan sehingga Elly menulis di ruangan kapsyen yang berbunyi ‘ berbahagialah sayang ‘. Bukan mudah untuk mendapat pasangan yang menyayangi anak tir1 seperti anak sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Walaupun Elly tidak menyatakan lokasi percutian mereka kali ini, namun ia pastinya masa yang diluangkan bersama akan diperuntukkan sebaiknya. Tambahan pula hujung minggu ini hari cuti bersambung dengan cuti Hari Malaysia.

Selamat bercuti kami ucapkan kepada Elly Mazlein sekeluarga. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga kebahagiaan yang dikecapi kini akan berkekalan selamanya dan dilimpahi dengan penuh rasa cinta serta kasih sayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..