” Bagusnya Mat Dan dengan anak pun cakap melayu.. ” – Netizen

Kepetahan Anak Mat Dan, Zayne Berkata-Kata Buat Ramai Terhibur. Alahai, Comel Lah Suara Zayne, Part Bagi Salam Tu Cute Sangat !!

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler telah memeluk agama islam dengan menukar namanya kepada Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah. Beliau telah memeluk islam pada tahun 2013 dengan bantuan abang angkatnya, Zakaria Sulong.

Mat Dan berasal daripada United Kingdom merupakan seorang pengembara. Namun begitu hatinya tertarik kepada negara Malaysia dan membuatnya beliau mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas, Terengganu pada tahun 2009.

Beliau memilih gadis melayu sebagai pasangan hidupnya bernama Nadifa Adnan. Pasangan ini bernikah pada 12 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Zayne. Zayne dilahirkan pada 5 Mei 2018 dan kini berusia 2 tahun.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan berkongsi videonya bersama anaknya, Zayne. Seperti biasa Mat Dan akan berkongsi videonya bersama Zayne di laman Instagramnya. Kali ini kepetahan Zayne bertutur buat ramai netizen terhibur apabila mendengarnya.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Zayne makan roti canai katanye..!!!

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Rata-rata netizen ger4m melihat keletah Zayne yang pandai berceloteh. Antara komen-komen mereka :

” Cerdik sgt mulut dia . makan roti canai . . “

” So cute Zayne. Mesti nanti besor buleh cakap Ganung.. “

” Suka tengok kehidupan mat dang dengan anak…mat dang seorang ayah yg penyayang.. “

” Comel nya.. ger4m tengok.. Suka la tengok zayne.. “

” Sukanya tgk anok Mat Dan. Comel lajok ekpon.. “

” MashaAllah cute and clever boy la zayn. More video dgn zayne lagi please.. seronok tgk kaletah dia.. “

” Bagusnya Mat Dan dengan anak pun cakap melayu.. “

Alahai, comelnya suara Zayne. Pandai pula berkata-kata. Sikap Mat Dan yang menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur dengan anaknya mendapat pujian ramai kerana beliau merupakan warga Inggeris. Semoga Zayne membesar dengan bijak dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..