” Ayya Soffya ada lesung pipit macam mama dia laaa.. ” – Netizen

Video Ayya Soffya Tersenyum Manis Diusik Wawa Zainal Buat Peminat Terhibur. Part Lesung Pipit Tu, Mak Aii Dalam Betul Sebijik Macam Wawa !!

Nama Ayya Soffya tidak asing lagi di kalangan peminat. Si kecil ini yang lahir 1 Disember tahun lalu kini sudahpun berusia 5 bulan. Memiliki wajah comel, nama Ayya Soffya menjadi sebutan peminat. Nama Ayya Soffya yang diilhamkan sempena nama masjid di Turki ketika percutian Aeril dan Wawa.

Soffya juga antara anak selebriti yang popular yang menjadi tumpuan. Anak ketiga bagi pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini turut diwujudkan akaun Instagram bagi memberi peminat melihat perkembangan Soffya. Baik Wawa mahupun Aeril akan berkongsikan gelagat comel Soffya.

Memiliki kulit putih gebu seperti Wawa, peminat juga selalu ger4m melihat lesung pipit yang indah di pipi si comel ini. Dengan mata bulat yang dimilikinya menyerlahkan lagi kecomelan Soffya. Semakin hari semakin sihat dan tembam tak ubah seperti anak patung kecomelan di Soffya ini.

Menerusi akaun Instagram Ayya Soffya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Soffya yang ketawa riang bersama Wawa. Soffya yang cantik bermata bulat bersinar ini semakin jelas wajahnya seperti Wawa. Dengan senyum manis tu buat ramai yang cair.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Soffya ini menarik perhatian ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Ish comelnyaaaa.. Alahh manisnyaa muka macam mama dia.. “

” Ishh comel la copia.. Ger4m tol tengok copia ni. Comel ter0k.. “

” Comelnya. Dahla cantek.. Lesung pipit dia.. Macam wawa.. “

” Makin besar makin cantik si kecik nie..  Chomelnyaa dia senyummm.. “

” Ayya sofea ada lesung pipit macam mama dia laaa. Ni versi wawa kaw-kaw ni.. “

” Eeeeee. Ketap bibir tau ger4m.. Comel macam anak patung aihh.. “

Makin besar semakin comel Soffya ni. Lagi-lagi dengan ketawa dan senyum manis tu, dalam betul lesung pipitnya. Sama sebijik macam Wawa. Ini baru betul copy paste. Apa pun, semoga Soffya membesar dengan sihat dan gembira selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayya Soffya

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..