” Ayra Aryssa makin cute macam muka mommy.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Amyra Rosli, Ayra Aryssa Yang Semakin Comel. Alahai, Manisnya Senyuman Ayra, Seiras Mommy !!
Ayra Aryssa merupakan anak kedua buat pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli. Wajahnya yang comel sering menjadi perhatian peminat apabila dikongsikan gambar-gambar dan video-videonya. Menjadi anak selebriti, membuatkan Ayra turut terkena temp1as populariti kedua ibu bapanya.
Kelahiran Ayra melengkapkan lagi kehidupan Amar dan Amyra. Umum mengetahui sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Aqeef Anaqi. Ayra juga telah diwujudkan akaun Instagram sejak dilahirkan seperti abangnya, Anaqi.
Si comel ini kini sudah pun berusia 5 bulan dan pasangan ini sering berkongsi perkembangan Ayra kepada para pengikut Instagram. Ayra bukan sahaja sudah pandai tersenyum malah mengeluarkan suara apabila diacah oleh sesiapa sahaja.
Menerusi akaun Instagram, video Ayra telah dikongsikan untuk tatapan para peminat. Dengan kapsyen ‘ Adek nak say hello.. ‘, video tersebut mendapat ribuan tontonan dan komen yang memuji kecomelan Ayra yang seiras mommy. Alahai Ayra, tak pernah tak comel.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini membuatkan ramai netizen yang ger4m melihat kecomelan Ayra. Antara komen-komen mereka :
” Hello Ayra aryssa makin cute, comel.. So cute she like mother face.. “
” Adik…. Gheyau sat.. Nak dengaq sora deraih dia.. “
” Mirip anaqi, comelnya dia.. You are so cute.. “
” Helloooo aira arysa, cute sangat.. “
” Ayra Aryssa makin cute macam muka mommy.. “
Alahai, comel jer senyuman Ayra. Pastinya abang Anaqi seronok kerana sudah mempunyai kawan untuk bermain. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Ayra Aryssa membesar menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Aminnn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyramar, Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..