” Auto nang1s dengar, seb4knya tak boleh nak tahan.. ” – Netizen

Nyanyian Ella Secara Live Lagu Standing In The Eyes Of The World Dalam Rancangan The Masked Singer Malaysia Buat Ramai Tersentuh. Lagu Yang Ada Jiwa, Sampai Ke Hati. Atlet Pun Bergenang Air Mata, Ini Kan Pula Penonton !!

Rancangan hiburan The Masked Singer Malaysia sudahpun memasuki minggu ke 4. Menampilkan peserta-peserta yang berselindung di sebalik maskot masing-masing, gelagat juri-juri di rancangan ini juga membuatkan penonton terhibur.

Antara juri yang diberi tanggungjawab untuk musim ini adalah ratu rock negara, Ella. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan nyanyian Ella menerusi lagu h1tsnya, Standing In The Eyes Of The World. 

Salah seorang peserta pada malam ini iaitu Burung H4ntu diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Ella ini. Persembahan Burung H4ntu diserikan lagi dengan kehadiran atlet-atlet yang pernah mengharumkan nama negara iaitu pemain boling negara, Siti Safiyah Abd. Rahman, bekas pemain badminton negara, Hafiz Hashim dan lagenda akuatik terjun negara, Datuk Leong Mun Yee.

Namun selepas selesai Burung H4ntu membuat persembahan, pengacara Dato’ AC Mizal telah meminta Ella untuk menyanyikan semula lagu tersebut dari tempat juri. Mendengar sahaja lontaran suara Ella, terasa auranya dan lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Sorakan gemur0h memenuhi dewan dan semuanya turut sama menyanyi bersama-sama Ella. Suara yang sama dan langsung tidak berubah walaupun sudah bertahun-tahun lagu ini dirakamkan oleh Ella. Kelihatan ada yang tersentuh mendengar lagu ini sehingga bergenang air mata antaranya ialah para atlet yang diundang dan juga Zizan Razak.

Jom tonton video di bawah :

Suara Ella yang gemersik ini menarik perhatian peminat tidak hanya di set rakaman malah di rumah juga. Antara komen-komen peminat :

” Merem4ng dengar legend menyanyi, lagu ni ada jiwa wei. Lagu yang tak pernah mat1 auranya. Setiap kali dengar lagu ni, mesti jadi sangat bersemangat.. “

” Semalam dengar ella nyanyi lagu ni terus keluar air mata. merem4ng bulu roma, dengar lagu ni terus air mata bertakung. Rindu Malaysia yang dulu.. “

” Auto nang1s dengar Ella nyanyi, rindu sangat zaman kecil dulu dengan lagu Ella. Sedap betul suara Ella, kekal tiada pengganti sebab suara dia paling special.. “

” Lagu semangat sukan paling best. Dh lebih 20 tahun lagu ni tp masih beri rasa seb4k bila dengar terutama untuk atlet sukan.. “

” Fuh merem4ng bila sis Ella bukak mulut, best sangat suara tak berubah pun. Maintain je suara, hebat lah Ella ni.. “

” Merind1ng la dengar Ella nyanyi, seb4k tiba-tiba. Atlet pun bergenang air mata, apatah lagi kita dekat rumah ni.. “

” Auto nang1s ye, entah kenapa lahai. Sampai betul ke hati bila dengar Ella yang nyanyi lagu ni. seb4knya tak boleh nak tahan.. “

Jiwa rakyat Malaysia sudah sebati dengan lagu semangat daripada Ella ini sehinggakan ramai yang tersentuh mendengarnya alunan lagu istimewa ini. Apa-apa pun, suara Ella memang tiada gantinya dan tetap legend di hati peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Sinar_my, Ella

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..