” Aubrey cantik macam Kajol, wajah unique sangat.. ” – Netizen

Muatnaik Video Dan Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Suaminya, Datuk Paduka Kaiser, Wajah Anak Kembar Datin Paduka Eina Azman, Arianna Aubrey Dan Karl Kareef Meraih Perhatian Peminat. Alahai, Comel Sangat Si Kembar Ini !! 

Datin Paduka Eina Azman atau lebih mesra dengan panggilan Eina memang dikenali peminat di media sosial kerana sering berkongsi resepi-resepi masakan yang lazat. Untuk rekod, Eina yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Paduka Kaiser dikurniakan sepasang kembar iaitu seoran lelaki dan seorang perempuan.

Hasil tinjauan di laman Instagram miliknya, Eina ada berkongsi video serta gambar sekitar majlis sambutan hari lahir suaminya, Datuk Paduka Kaiser. Majlis yang berlangsung disambut mereka sekeluarga bertemakan warna gold dan silver nampak cantik dan mewah.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka anak beran4k sewaktu menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat suami dan ayah tercinta. Datuk Paduka Kaiser juga nampak m4lu-m4lu dalam video tersebut. Sweet sangat Eina dan anak-anak.

Dalam perkongsian tersebut, rata-rata peminat tertarik dengan kecomelan wajah anak kembar Eina, Aubrey dan Karl. Wajah Aubrey yang seperti wajah pelakon Bollywood memang cantik dan sedap mata memandang.  Begitu juga dengan Karl yang semestinya handsome apabila besar nanti.

Jom ikuti perkongsian video dan gamabr di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ucapan hari lahir daripada peminat memenuhi ruangan komen di posting Eina. Mereka juga memuji kecomelan kedua anak kembar Eina. Antara komen-komen mereka adalah :

” Wah.. happy birthday for husband datin. semoga panjang umur, d murahkan rezeki dsehat kan badan sekeluarga Aamiin.. “

” Alhamdulillah moga dipjgkan usia dimurahkan rezeki dan sehat2 selalu disisi keluarga tersayang insyaAllah amiin.. “

” Yg kakak tu kening mahalnyer.. cantik mcm kajol.. wajah unique sgt, falling love with ur kids… so pretty and handsome.. “

” Tak tahu nak cakap macam mana . kembar ni meme comei sangatt, Sy perhati jer yg baby girl girl tu.. mcm princess.. “

” Happy birthdayy dato.. comel² nyee la hai si kembar tu.. datin pun cantikk, cute je smua, aubrey kening on point.. “

” Confirm Aubrey besar nanti macam model, Aubrey copy cat mommy, karl copycat daddy happy birthday dato, cantik sgt anak perempuan datin ni, anak mix mmg cantik.. “

” Ger4m nya tgok mata karl . Sayup je mata dia . Comel, Cantiknya aubrey.. makin besar makin lawa mcm mamyyy dia.. “

Seronok melihat kemesraan keluarga Eina dan Datuk Paduka Kaiser. Semestinya ramai yang mengidam-idamkan keluarga yang ceria dan bahagia seperti mereka. Didoakan semoga Eina sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping insan tersayang selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..