” Ardy Wira buat channel Youtube kalah mummy nanti, bijaknya.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Kepetahan Ardy Wira Menyebut Nama Sendiri Meraih Perhatian Netizan. Pandainya Wira. Alahai Cute Sangat Wira Dengan Topi Chef Tu !!

Betty Rahmad adalah salah seorang selebriti yang berjaya mencipta nama di persada seni tanahair. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, Betty juga sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini juga pandai memasak dan sering berkongsi video masakan di Instagram.

Umum mengetahuia Betty merupakan isteri kepada Ardy Shafiq. Perkahwinan yang telah terbina sejak tahun 2018 ini diserikan lagi dengan kehadiran seorang anak lelaki yang sangat comel iaitu Ardy Wira. Wira yang berusia 1 tahun 7 bulan ini semakin membesar dengan bijak.

Betty sering berkongsi video dan gambar Wira di Instagram miliknya. Perkongsian Betty di Instagram telah meraih perhatian ramai dengan ribuan view pada setiap kali perkongsian. Wira yang sememangnya cute ditambah dengan keletahnya yang lincah menarik minat netizen.

Baru-baru ini Betty telah berkongsi video Wira menyebut namanya sendiri. Video tersebut telah diambil ketika Wira berada di dapur rumahnya. Cute dan bijak sangat apabila Wira menyebut namanya ‘ Ardy Wira ‘ dengan jelas. Bukan mudah untuk anak sekecil 1 tahun 7 bulan untuk menyebut nama penuhnya dengan betul.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian video Betty mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” He is so clever.. Goodboyy.. Comell sangat.. “

” Cutenya… 1 year 7 months dh boleh ckp mcm nie.. Smart boy.. “

” Cerdik nya my syayang ni.. Comellll sgt kamu ni syg.. “

” Pandainya wira.. u syg.. Eeee ger4m nyaaa.. “

” Adywira buat channle youtube kalah mummy nt.. Bijaknya.. “

” Allahu anak bertuah ni tk pernah tk menghiburkan… Moga Allah terus pelihara kamu dgn segala kebaikan.. “

” Aku suka tengok anak Betty ni haha. Comel. Lepas tu nampak behave je. Huhu.. “

Bijak sangat kan Wira. Comel sangat apabila Wira dengan lancar menyebut namanya walaupun ada slang pelat di situ. Adatlah tu kan, masih kecil. Semoga Wira membesar dengan sihat. Bijak, serta menjadi penyejuk mata ayah dan ibu. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..