” Anak akak Jojie ke ? Wow cantik dan comel.. “

Perkongsian Gambar Maryam Syahrizal, Anak Jojie Aminuddin Kakak Ratu Rock Negara Ella Buat Netizen Terpaku. Comelnya Maryam, Macam Patung Barbie !!

Bagi peminat setia Ratu Rock Negara Ella pastinya mengenali wajah insan yang bertungkus lumus menguruskan segala berkaitan karier Ella. Siapa lagi kalau bukan kakaknya Jojie Aminuddin. Jojie adalah kakak merangkap pengurus Ella. Jojie atau nama sebenarnya Rozita sudahpun mendirikan rumahtangga Jun 2015 yang lalu.

Perkenalannya dengan seorang usahawan dan pengurus acara bernama Syahrizal Ismail ketika menguruskan salah satu acara Ella akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Setelah berkenalan selama setahun, keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri dicapai oleh pasangan ini.

Walaupun jurang perbezaan umur 14 tahun antara mereka, itu bukanlah alasan untuk mereka membina rumahtangga yang bahagia. Setelah 4 tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan cahayamata, pasangan ini akhirnya mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Maryam Syahrizal.

Menerusi akaun Instagram, Jojie telah berkongsikan gambar anaknya Maryam yang sangat comel. Wajahnya yang comel tak ubah macam anak patung itu buat mata memandangnya pasti jatuh hati. Gaya potongan rambutnya, mata bulatnya dan kulit wajah putih Maryam memang cukup memuk4u lah. Boleh jadi model ni !

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak Jojie ini. Antara komen-komen netizen :

” Comelnya.. “

” Alahai…. Comelnyaaaa.. “

” Anak akak Jojie ke .. Wow cantik dan comel… “

” Lawanyer anak jojie nie.. “

” Comelnya budak ni… Anak siapa la ni yaaa…. Ger4m betul tengok dia.. “

” Kecik-kecik dah cantik yam ni.. “

” Ni bukan comel lagi dah… Ni ayu jelita sangat dah ni.. “

” Comel sangat.. “

Tak puas rasanya melihat wajah comel Maryam ni. Macam anak patung pun ada dengan gaya rambut dan mata bulatnya tu. Tersangatlah comel. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Maryam membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi penghibur hati ibu ayah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jojie Aminuddin by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..