” Amboi soalan ehem betul, malu la nak ngaku haha.. ” – Netizen

Video Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Main Permainan Khas Di Majlis Resepsi ‘Garden Wedding’ Yang Sangat Mencuit Hati. Amboi Saling Menuding Jari Ni, Siapa Yang Nak Anak Dulu Ni Mira Ke Emir. Masing-Masing Malu Nak Mengaku !!

Garden Wedding menjadi tema pilihan buat majlis resepsi kedua Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar. Memilih A-Park, Puchong sebagai lokasi majlis sangat bertepatan dengan tema ini. Mira dan Emir kelihatan sangat anggun dalam busana serba biru.

Berbeza dengan dua majlis sebelum ini yang diadakan secara tertutup dan di dalam dewan, resepsi kali ini dalam ruang pandang yang lebih terbuka dan lebih santai. Hos majlis Farah Fauzana dan Raden ERA juga memeriahkan lagi majlis dengan celoteh mereka yang bersahaja dan menghiburkan.

Meninjau akaun Instagram Wanemirafilzah ( kelab peminat Mira dan Emir ), telah dikongsikan satu video yang menunjukkan aksi pasangan pengantin baru ini bermain satu permainan. Fafau dan Raden bertanyakan soalan dan mereka perlu menjawab dengan menggunakan replika kasut atau heel yang diberi sebagai jawapan.

Mira dan Emir diletakkan secara membelakangkan antara satu sama lain. Nah di sini barulah dapat dilihat di mana keserasian dan perbezaan antara sweet couple ini. Namun yang pastinya permainan ini cukup menghiburkan pasangan pengantin dan seluruh tetamu.

Jom tonton video di bawah :

Jawapan yang diberi Mira dan Emir ini buat seluruh hadirin ketawa. Amboi masing-masing tak mahu mengalah dan ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Semoga bahagia ke jannah kak mira and emir. semoga dapat cahaya mata, semoga dimurahkan rezeki. rindu akak di kaca tv.. “

” Haha comel, both la jawapannya. sweet betul.. “

” Comel !! Me su1cide already. sweet bethol la korang.. “

” Amboi soalan ehem betul malu la nak ngaku haha.. “

” Nk tengok jugak anknya 10 boleh kot hahah.. “

” Bagus sgt tak yah guna kasut betul2 yg org biasa buat tu.. “

” Susahlah kalau macam tu. Tak nak mengalah dua-dua.. “

Alahai comel sangat aksi spontan Mira dan Emir tu, dua-dua tak nak mengaku siapa yang hendak anak dahulu. Tak apa la kalau ada rezeki awal, bolehla peminat tengok Emiramirah junior nanti. Semoga Mira dan Emir sentiasa gembira dan bahagia selalu dan didoakan anaknya sepasukan bola sepak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Wanemirafilzah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..