” Amboi Fateh, buat suara latar ye, hehe.. ” – Netizen

Video Adam Corrie Sedang Memasak Raih Pujian Ramai. Wahh Tengok Gaya Ni Memang Pandai Masak. Part Suara Latar Fateh Tu Comel Je Dengar !!

Adam Corrie, pelakon yang sering memegang watak ant4gonis dalam drama mahupun filem dan bakatnya sering mendapat pujian para penonton. Selain bergelar seorang pelakon, Corrie juga merupakan seorang usahawan yang menghasilkan pakaian atas jenama namanya sendiri.

Bagi yang mengikuti Corrie di akaun Instagram, pasti tahu dia mempunyai hobi yang suka memasak. Sering kali berkongsi resepi masakan cina muslim pasti mendapat perhatian ramai yang memuji bahawa Corrie sangat mahir memasak dan masakannya juga dilihat begitu enak.

Terbaru, Corrie telah berkongsi video dirinya sedang memasak juadah untuk berbuka puasa. Kongsi Corrie pada postingnya tersebut, dia telah berpuasa sunat enam syawal dan hari tersebut merupakan hari keempat dia dan isteri menjalani ibadah puasa sunat itu.

Semestinya perkongsian pada kali ini juga turut mendapat perhatian ramai. Ketika Corrie sedang merakamkan video tersebut, kedengaran suara anaknya, Adam Fateh turut bercakap. Video yang dikongsikan oleh Corrie itu telah mendapat tujuh ribu lebih tanda like dan seratus lebih komen daripada netizen setakat ini.

Ikuti perkongisan video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata memuji Adam Corrie seorang yang rajin memasak. Malah ada yang terhibur mendengar suara Fateh yang turut kedengaran ketika ayahnya sedang merakam video. Antara komen-komen netizen adalah :

” Selamat berbuka, kami pun puasa 6 ni baru hari ke 3. Menarik tengok gaya abg masak, mesti sedap menu berbuka.. “

” Untung dapat suami rajin masuk dapur memasak ni. Orang cakap air tangan lelaki ni kalau masak lagi sedap daripada perempuan.. “

” Alhamdulillah, semoga Adam Corrie dan isteri dapat melaksanakan puasa sunat dengan baik. Selamat berbuka.. “

” Amboi Fateh, buat suara latar ye, ayah tengah buat video, dia pun sibuk nak bercakap juga, hehe. Comel dengar .. “

” Tak berapa dengar suara si bap4k, dengar suara anak lagi kuat. Hahaha time ni juga lah pun Fateh nak cakap, alahai anak.. “

” Kita sama bro Corrie, sabtu last 6 puasa syawal. Semoga bersama mendapat syafaat n keberkataan nya, amin.. “

” Wah masak sendiri, hebat-hebat. Mudahkan kerja isteri, banyak dapat pahala, contoh suami terbaik abg ni.. “

Tengok gaya pun dah tahu, memang Adam Corrie ni memang pandai memasak. Bagi yang ingin memcuba resepi masakan cina muslim, boleh lah melihat cara Corrie masak, memang nampak menyelerakan. Apa-apa pun, selamat berpuasa buat Corrie sekeluarga. Semoga ibadah ini mendapat syafaat dan keberkatan, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..