” Alololo comelnya muka baby ni, macam anak Korea.. ” – Netizen

Isteri Nas-T, Atita Haris Kongsi Gambar Cahayamata Kedua Mereka Yang Baru Lahir Pada Bulan Disember. Wah Comelnya Kening Baby, Nampak Macam Terukir Je. Nama Pun Unik, Muka Dah Macam Anak Korea !!

Pada bulan Disember yang lalu, pelakon Nas Muammar Zar atau lebih dikenali peminat dengan nama Nas-T ada berkongsikan gambar sedang memegang cahayamata keduanya dengan kapsyen tertulis ‘ Alhamdulillah’.

Untuk rekod, Nas-T menikahi personaliti media sosial, Atita Haris dan mereka telahpun dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nas Taliyah. Atita juga turut mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu yang dipanggil Opi.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram, Atita telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan wajah anak ketiganya. Tulis Atita, bayi ini dinamakan sebagai Halili dan gambar ini diambil ketika Halili berusia 2 hari. Melihat raut wajah comel Halili, ramai yang mengatakan Halili bayi lelaki. Nampak lebih banyak iras wajah Nas-T nampaknya si kecil ini.

Dengan matanya yang nampak sepet dan kening yang cantik tersusun, Halili juga dikatakan oleh peminat nampak serupa seperti kakaknya, Taliyah. Semakin meriahlah rumah Nas-T dan Atita dengan kehadiran orang baru ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Atita ini telahpun mendapat hampir 17 ribu likes daripada pengikutnya di Instagram. Antara komen-komen mereka :

” Aloo comelnya Halili, muka Taliyah sangat lah awak ni baby. Cantiknya Halili, kecil kecil dan nampak kening. Cantik tersusun.. “

” Hai Halili, semoga jadi anak yang solehah ye. tak habis cakap ‘ laki la anak dia ‘, pastu terkej-t sendiri, girl la hehe.. “

” Wow nama uniknya, comelnya awak Halili. Sebijik macam muka kakak Taliyah lah. Ingatkan boy dah tadi, muka Korea sangat.. “

” Hello adik baru, macam muka seseorang yang auntie tengok dalam drama korea la. So comel, unik namanya.. “

” Congrat Tita sayang, charlie angels la ni 3 orang hehe. Halah halah mata tu, muka kakak Taliyah sangat.. “

” Alolo comelnya muka baby ni, macam anak Korea. Hai si comel Halili, kening dia fuyoo. Macam ukir eh, cantik.. “

” Laa girl ke ingatkan boboy tadi. Macam muka anak Jepun pun ada, mata tu ger4mnya tengok. Comel sangat.. “

Ramai juga yang mengatakan Halili nampak seperti anak Korea, mungkin kerana matanya itu. Apa pun, Halili memang comel dan semoga Halili membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu ayah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Atita Haris, IG Nas Muammar Zar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..