” Alolo comelnya, lebat sangat rambut.. ” – Netizen

Mawar Rashid Berkongsi Video Terbaru Anaknya, Raden Seri Rossabella Cinta Yang Sedang Lena Tidur. Alahai, Comelnya Baby Rossabella. Rambut Tu Lebat Sangat !!

Mawar Rashid atau lebih mesra dipanggil Mawar selamat melahirkan bayi perempuanya pada tanggal 02 Januari yang lalu secara normal. Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumahtangga pada tahun 2017 dan memiliki seorang anak lelaki yang bernama Raden Muhammad Rafael.

Di ruangan Instagram, Mawar ada berkongsi nama bayi perempuan mereka iaitu Raden Seri Rossabella Cinta. Alahai sedap betul nama pilihan Mawar dan Raf ini. Kedua ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat dan sudahpun kembali ke rumah mereka.

Mawar juga berkongsi video terkini, Rosabella yang sedang tidur di dalam baby cot. Rosabella yang memakai pakaian dan blanket serba pink kelihatan sangat comel dan lena didodoikan oleh patung bear yang berpusing dan berlagu.

Mawar yang masih belum berkongsi wajah penuh anaknya itu, membuatkan peminat tidak sabar melihat wajah comel Rosabella. Namun, rambut Rosabella yang hitam lebat jelas kelihatan dalam video tersebut dan menarik perhatian peminat.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Perkongsian Mawar meraih perhatian peminat. Rata-rata peminat teruja dan gembira dengan kehadiran baby Rosabella. Antara komen-komen mereka adalah :

” Selamat berpant4ng Mekwa syg, Cutenya.. Semua pinkk, so cute macam mommy dia, Assalammualaikum baby rossabella.. “

” Alolo, Comelnye lebat sgt rambut, tahniah kak mawar comel jr baby, Ana cntik tak nama baby ni raden seri rossabella cinta.. comel cute do’oh.. “

” Mudah nya mawar beranak kn.. blh share tips tak.. hehehe.. nk tnggu masa jgk ni nti bln 2 insyaallah.. btw baby hri brape kg.. “

” Tahniah Tok mawar.. Comel ye.. Rambut lebat selamat berpant4ng, Lebatnya rambut baby cintaa, Hiii babay pink rose, Halah2.. comey pinky cinta.. “

” Alohh comell nye nti msti mcm mommy dia comel, sedap nama mummynya mawar anaknya rose, Congrat Mek Wa & Raf… comel baby.. “

” Macam princess. tak sabar nak tengok muka baby rossabellaci, Comeynyo baby cinta.. semoga membesar jd anak yg solehah.. “

” Alhamdulillah.. tahniah adik syg.. selamat berpantang, Ger4mnye tengok baby.. selamat berpant4ng mekwa, Cuteee.. We’re so happy for you.. “

Tahniah dan selamat berpant4ng diucapkan buat Mawar. Mesti abang Rafael pun turut teruja dengan kehadiran adiknya. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga Mawar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..