” Alhamdulillah, pandai Neyney baca.. ” – Netizen

Video Anak Nora Danish, Mohamed Neqayl Nedim Membaca Surah Al-Fatihah Raih Perhatian Netizen. Wah, Dah Pandai NeyNey !!

Meninjau ke akaun Instagram pelakon Nora Danish, salah satu p0sting Nora mengenai anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya Neyney telah mencur1 perhatian para peminat dan pengikut Instagramnya.

Nora telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan Neyney sedang membaca surah Al-Fatihah sebelum tidur. Nora turut bersama-sama Neyney membacakan surah tersebut dan Nora meminta Neyney menyambungkan ayat yang dibaca sehingga habis.

Neyney dilihat sudah boleh membaca dan mengingati surah tersebut walaupun baru berusia 3 tahun. Wah, memang Neyney seorang anak yang bijak dan sangat terang hati dan boleh mengingati apa yang dipelajarinya.

Ada juga yang memuji cara Nora dalam mendidik anak-anaknya. Jika anda mengikuti akaun Instagram Nora, pastinya anda mengetahui bahawa Neyney juga bijak dalam matematik dan boleh menyelesaikan operasi matematik.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji kelancaran Neyney membaca surah Al-Fatihah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Alhamdulillah Neyney. Oma doakan sentiasa terang hati untuk terus meghafal ayat ayat suci. You can do it sayang.. “

” MashaAllah TabarakAllah.. Good mom and good boy… Alhamdulillah. Proud of him.. Comeeey.. Sebaye ngn ank sulung sy.. “

” Ya btl tu.. saya selalu praktis anak2 mcm ni.. now dgr je.. salah baru btlkan.. wajib sebelum tidur baca surah Al-fatihah.. “

” MashaAllah so pintar Cucu Poapoa Ney2.. Love You So Much.. Alhamdulillah … pandaii Neney baca.. Ala hensem u.. “

” Alhmdulillah … pndai.. Comel mcm momy dia.. Ger4mmm nya neyney .. So cuteee la Adik .. miss you so much.. “

” Maasha Allah Alhamdulillah.. Comeyy.. mata mcm Nora Anak soleh .. pandainya neyney.. bagus mommy didik neyney.. “

” Semoga NeyNey jd anak soleh utk ibu dan ayah nya dan membawa ke syurga. Soo impress at the little age dah try to make his mom proud.. “

Wah, bagus sangat Neyney. Bukan sahaja bijak dalam matematik namun agama juga tidak dilupakan. Semoga Neyney membesar menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan juga di akh1rat. InsyaAllah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..