” Alhamdulillah, besar-besar dah anak-anak. Comel semua.. ” – Netizen

Datuk Dira Abu Zahar Kongsi Gambar Terbaru Bersama Suami Dan Anak-Anak. Wah Dah Besar Semua, Handsome Dan Manis Belaka !!

Anak seni bernama Dira Abu Zahar pernah mewarnai kaca TV suatu masa dahulu. Memilih untuk berkecimpung dalam bidang politik, Dira kini dikenali sebagai Datuk Dira Abu Zahar dan mencipta sejarah sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat.

Kembali bergelar isteri sekitar tahun 2020, Dira bahagia dengan kehidupannya bersama Syfik Izdzywan Sidek dan anak-anak. Meninjau akaun Instagram Dira Abu Zahar, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Dira bersama suami dan anak-anak mereka.

Gambar ini diambil sempena ulangtahun kelahiran Syfik dan mereka menyambutnya bersama-sama. Tulis Dira di kapsyennya, ucapan terima kasih untuk segalanya yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

Dira turut mendoakan agar suaminya ini dimurahkan rezeki dan dapat membimbing dirinya dalam mencari syurga abadi. Dira turut berkongsi perihal suaminya yang tidak memilih dan tidak cerewet orangnya. Hai lah, topi pink pun pakai memang sporting ayah seperti ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Dira ini telahpun mendapat perhatian peminat. Ucapan hari lahir juga diberikan untuk suami Dira dan antara komen-komen peminat :

” Happy Bday seanrococo . Moga kekal hingga ke jannah. Alhamdulillah, besar besar dh ank2.. comel semua. yang lelaki pun handsome.. “

” Happy Birthday. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yg baik … InSya-Allah … Aamiin.. “

” Happy birthday Syfik, Smge kekal bahagia ke jannah. Semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan diluaskan pintu rezeki.. “

” Happy birthday abg sepet, semoga success selalu di dunia dan akh1rat. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. “

” Happy birthday YB Mr. Moga terus bahagia selamanya. 5 org dah ank ke yb diraabuzahar. cantik handsome semua.. “

Untuk rekod, Dira mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya dahulu bernama Tengku Anggun Deandra. Dira juga mengambil seorang anak angkat lelaki diberi nama Waris Iskandar Andiqa.

Seronok melihat Dira gembira bersama suami dan anak-anak. Selamat hari lahir buat Syfik daripada kami di Berita Kopak. Semoga kebahagiaan keluarga ini berkekalan selalu dan dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Dira Abu Zahar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..