” Alamak mama tak ada. Kita nak buat apa ni nak ? ” – Aeril Zafrel

Bila Aeril Zafrel Menjaga Anak-Anak, Habis Hayla Dan Ayya Soffya Dikerjakan. Adehhhh.. Dah Serupa Kartun !!

Sejak aktif dalam membuat video Tik Tok, nama Aeril Zafrel seakan melekat dengan aplikasi tersebut. Aeril yang berwajah kacak ini sering tampil dengan video yang menghiburkan ramai. Tidak hanya membuat video berseorangan, malahan kadang kala anak-anak perempuannya Hayla dan Ayya Soffya turut menjadi mangs4.

Di kala semua dilanda kebosanan kerana mematuhi perintah Stay at Home, Aeril memberikan hiburan setiap hari buat peminat-peminatnya dengan berkongsikan video Tik Toknya. Penuh bergaya, mainan mimik muka Aeril buatkan semua videonya mendapat like yang banyak hinggakan mencapai 1 juta view.

Aeril yang dipanggil Presiden Tik Tok oleh warganet gara-gara aktifnya beliau membuat Tik Tok sememangnya seorang yang kreatif dan penuh dengan idea baru. Asyiknya beliau melayan Tik Tok hinggakan isterinya Wawa Zainal sendiri pun naik pen1ng.

Menerusi akaun Instagram, Aeril berkongsikan satu video yang memaparkan satu lagi video Tik Tok barunya bersama Ayya Soffya dan Hayla. Gelagat lucunya yang melukis corak kening itu buat ramai terhibur. Kalau dah namanya ‘presiden’ Tik Tok, pastinya tidak pernah mengecew4kan. Aeril Aeril !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aeril ini. Antara komen-komen netizen :

” Macam-macam la awak ni aeril. Hahaha ade je idea.. “

” Adoi ayahnya macam-macam. Dah kening pulakkk.. “

” Redo je hayla dengan copia layan pak diaa.. “

” Ya Allah buat hal hahahahahahah.. “

” Masha Allah comelnyaaaa bah.. Hahahahaha adoiii habislah eyeliner tu.. “

” Berat nanang pok. Jadi sungguh laa.. “

” Hello mama Wawa Zainal cepat balikk. Tengok ni apa dia buat kat anak.. “

” Ya Tuhanku. Tolonglah hambamu yang cilik yang tidak bersalah itu.. “

” Oh my god abis la kening baby girls tu.. “

Alahai Aeril kreatif betul. Berseni juga tangannya boleh jadi mak andam ni. Sampai berubah muka si kecil bila pakai kening buatan Aeril. Lucu pun ada. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aeril sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga. Semoga bertabah selalu !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..