” Alahai Mak Iti, comelnya cover perut tu.. ” – Netizen
Penampilan Dato’ Siti Nurhaliza Di Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Izara Aishah Jadi Tumpuan Peminat. Eh Macam Sor0k- Sor0k Tepi Datuk K Dan Aafiyah Je Tu. Ada Apa-Apa Ke Tu Tokti, Jelas Sangat Tu !! Ā
Semalam telah berlangsungnya sambutan ulangtahun kelahiran pelakon Izara Aisyah. Menantu kepada Tengku Zawyah, Datuk Seri Khalid Jiwa dan Dato’ Siti Nurhaliza ini juga diraikan oleh ahli keluarga yang lain terdiri daripada adik beradik suaminya Adib Khalid.
Keluarga ini sememangnya diketahui umum sering berkumpul mengadakan aktiviti bersama. Setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran ahli keluarga mereka, pastinya ada majlis kej0tan untuk meraikan birthday girl atau birthday boy bersama-sama.
Dato’ Siti juga sangat akrab dengan menantu-menantunya, Tya Ariffin, Izara dan Nasha Alyssa. Pengikut setia Dato’ Siti pastinya sering membaca komen-komen dan gurauan mereka di Instagram. Pada majlis semalam juga, Dato’ Siti turut berpadu suara bersama Nasha menyanyi sambil menghiburkan mereka semua.
Meninjau akaun Instagram Tya Arifin, telah dikongsikan sekeping gambar mereka sekeluarga di majlis Izara ini. Kesemuanya nampak gembira dan mengukir senyuman namun yang menjadi perhatian peminat adalah penampilan penyanyi kesayangan ramai ini. Nampak berbeza dan ssedikit berisi namun tetap berseri-seri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Mengenakan tudung labuh menutupi bahagian depan sehingga ke perut, penampilan Dato’ Siti nampak berbeza sekali. Antara komen-komen peminat :
” DengarĀ² dah ada tu.. alhamdulillah.. Aafiyah dapat adik tahun depan.. “
” Baru mw bilang .. kakiti perut tampak bunc1t. Alhamdulillah.. “
” Alahai mak iti , comelnya cover perut tu hehe.. Tok ti mcm berisi ler, comel perut tokti.. “
” Tok Ti pregnant ke. jarang pakai tudung labuh macam tu… tahniah aafiyah dpt adik lg.. “
” Alhamdullilah Dato Siti cam lain hehe semoga aafiya dapat adek baby.. “
” Mata tertumpu pada tokti jer. memng lainĀ Mak Iti nya bump so obviously.. “
” Comelnyerrrr Tok Ti… Semoga dipermudahkan segalanya… Aafiyah dah nak jadi Kakak.. “
” Tak la nk skodeng tapi npk Mak Iti menyorokkan diri di situ … Tahniah kalau betul.. “
Memang lain penampilan Dato’ Siti dengan tudung labuhnya itu. Lagi-lagi menyelit di tepi Datuk K, nampak comel sahaja gayanya itu. Apa pun, andai ada berita yang baik pasti akan dikhabarkan sendiri oleh Dato’ Siti nanti. Semoga keluarga ini sentiasa gembira. Untuk Izara, selamat ulangtahun mama gorgeous.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tya Arifin, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..