” Alah sedapnya gandingan suara Amira dengan Faizal Tahir.. ” – Netizen

Video Nyanyian Amira Othman Dan Faizal Tahir Berduet Lagu ‘ Pandang-Pandang, Jel1ng-Jel1ng ‘ Raih Pujian Warganet. Wow Duet Yang Padu !!

Penyanyi serta penggubah lagu terkenal, Faizal Tahir dan penyanyi, pelakon dan pengacara Amira Othman ditemukan dalam sebuah single istimewa berentak pop rakyat ala Melayu. Gandingan yang cukup serasi dan mendapat tempat di hati peminat.

Menerusi akaun Instagram Faizal Tahir sendiri mahupun Amira telah berkongsi beberapa video nyanyian mereka. Antara lagu yang dinyanyikan oleh Faizal dan Amira adalah ‘ Pandang-Pandang Jel1ng-Jel1ng ‘ nyanyian asal oleh arw4h Tan Sri Dato S.M Salim bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Difahamkan Single Alah Bisa ini merupakan sebuah karya hasil ciptaan oleh Faizal Tahir sendiri bersama-sama komposer berbakat seperti Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim dan Mage dari Faithful Publishing.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang menyatakan gandingan suara Faizal bersama Amira sangat merdu didengar. Sehingga kini video-video nyanyian Amira dan Faizal telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video-video di bawah :

Di ruangan komen, selain memuji suara Amira yang merdu, kecantikan Amira dalam video juga mendapat pujian warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alah sedapnya gandingan suara Amira dengan Faizal Tahir.  Amira nyanyi pun nampak cantik berseri-seri, suka tengok.. “

” Cantik sangat Amira, dengar sikit pun rasa memang sedap sangat ni. Tak sabar nak dengar semua lagu2 Faizal dan Amira.. “

 “Alahai terbuai2 dengar suara Amira, merdu dengar. Rasanya ni lah gandingan yang sempurna tau, terbaik lah.. “

” Sedap lah suara Amira nyanyi lagu klasik, hehe. Asal tengok Amira dalam video macam model patung tengah nyanyi, cantik.. “

” Yeayyy sesi gerobok, padu Abg Faizal, memang terbaik lah nyanyi lagu yang pernah menjadi kesukaan ramai ni.. “

” Kalau dlu Tan Sri S.M Salim dan Tokti, versi terbaru dengan nafas baru oleh Faizal dan Amira pun bukan biasa-biasa juga ni.. “

” Dengar sikit pun sedap sangat ni. Alahai Mira cantiknya awak, suara pun sedap dengar nyanyi lagu genre macam ni.. “

Memang sedap pun, patut lah ramai yang puji. Sekadar info, bakat nyanyian Amira telah bermula setelah menyertai pertandingan Akademi Fantasia Musim ke-10 dan Amira telah berjaya meraih tempat ketiga menerusi pertandingan tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG amiraaothman, faizal_tahir

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..