” Alaa, kenapa kita pula t0uching tengok Aazief pimpin Mak Iti ni.. ” – Netizen

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Anak T1rinya, Muhammad Aazief Menemaninya Ke Sebuah Majlis Perkahwinan Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweet Betul Part Aazief Pimpin Tangan Tokti Naik Pelamin Tu. Tokti Pun Cantik Sangat !!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza sememangnya penyanyi yang mempunyai ramai peminat. Lebih mesra di sapa dengan gelaran Tokti, ada sahaja perkongsian mengenai dirinya atau pun keluarganya di media sosial pasti menjadi perhatian umum.

Terbaru, Dato’ Seri Siti ada memuatnaik dua video yang memaparkan dirinya telah hadir ke majlis perkahwinan. Turut dibawa Dato’ Seri Siti bersama adalah anak sulungnya, Siti Aafiyah dan anak tir1nya, Aazief Khalid.

Namun yang menjadi perhatian adalah satu video di mana kelihatan Aazief bersama Dato’ Seri Siti naik ke pelamin untuk bersalaman serta bergambar bersama pengantin. Dalam video itu, Aazief telah memimpin tangan Dato’ Seri Siti ketika menaiki tangga.

Ada peminat menyatakan suka melihat keakraban Dato’ Seri Siti bersama anak-anak tir1nya yang mana silatarrahim mereka sangat utuh sudah seperti ibu kandung dan anak kandung. Sehingga kini, video Dato’ Seri Siti bersama Aazief telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Selain menyukai video Dato’ Seri Siti bersama anak tir1nya itu, penampilan Dato’ Seri Siti juga menjadi perbualan ramai kerana Dato’ Siti kelihatan cantik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alaa, kenapa kita pula t0uching tengok Aazief pimpin Mak Iti ni. Sweet lah tengok, smoga Mak Iti terus hidup bahagia bersama keluarga.. “

” Ini pon salah satu contoh yang baik, anak2 Dato Khalid rpt ngn Tokti, mak kandung dorg pon rpt ngn Tokti. Terjalin ukhuwah kt situ, alhamdulillah.. “

” Cantiknya Dato Siti, lawa betul baju yang dipakainya. Aafiyah pun comel. Aazief best man lah, siap teman ibu ke majlis kenduri kahwin lagi bila ayah tak dapat teman.. “

” TokTi is a really beautiful person, she obliged all requests to take pics even when she was eating artist muda should follow her humbleness.. “

 ” Haihh tokti ni, baju dia kalah lah pengantin camni. Cantik betul baju tokti pakai ni, tengok terus tepersona, hehe.. “

” Ramai bodyguard Dato Siti, 4 dewasa 1 kanak2. Next Afwa pula iring ibunya. Alhamdulillah rezeki Dato Siti dapat anak2 tiri semuanya baik2.. “

” MasyaAllah tabarakallah sangat cantik dan humble. Kali ke2 saya jumpa depan mata, dahulu tahun 2006 konsert dgn Krisdayanti dan after 16yrs jmp bersama si cantik Aafiyah.. “

Alahai memang sweet tengok cara Aazief melayan Dato’ Seri Siti. Untuk rekod, selain Muhammad Aazief, tiga lagi anak tir1 Dato’ Seri Siti adalah Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib dan Muhamad Asyraf. Apa-apa pun semoga kehidupan Dato’ Seri Siti sekeluarga akan terus bahagia bersama serta kekal hingga ke jannah, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..