” Ala sweetnya Mimi Peri ni.. ” – Nabila Huda

Video Ucapan Mimi Peri Buat Datin Almy Nadia Yang Sedang Sak1t Buat Ramai Tersentuh. Tak Sangka Mimi Peri Seorang Yang Prihatin Walaupun Kadang-Kadang Masuk Air. Semoga Datin Almy Cepat Sembuh !!

Semalam, Dato’ Fizz Fairuz telah memuatnaik video isterinya, Datin Almy Nadia telah dimasukkan ke h0spital. Video tersebut telah menjadi tanda tanya ramai peminatnya dan ada yang berasa risau dengan apa yang berlaku kepada Almy Nadia.

Terdahulu, Almy pernah mengalami kegug0ran anak yang keempat pada Februari lalu. Pada ketika itu usia kandungan Almy 14 minggu dan beliau redha dengan ketentuan Ilahi. Almy dan Fizz tetap bersyukur kerana dipinjamkan rezeki anak walaupun selama 14 minggu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan bernama Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.

Menerusi akaun Instagram, Fizz berkongsi video ucapan Mimi Peri buat isterinya, Almy Nadia yang sedang sak1t. Mimi mendoakan supaya Almy diberi kesembuhan dan segera sihat seperti biasa. Ucapan Mimi ini menarik perhatian ramai netizen.

Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan buat Almy Nadia. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah dlm dia tu masuk air rupa nya seorng insan baik.. “

” Semoga datin cepat sembuh… sy igt mimi peri ni lelaki ke pompuan.. maaf kan sy.. “

” Sy doakan datin nadia cepat sembuh.. “

” Semoga di berikan kesembuhan buat Datin almynadiaofficial dan di murahkan lagi rezeki hamil. Amin Ya Mujeeb. Jg kesihatan ya datin selamat berpantang.. “

” Ala sweetnya Mimi Peri ni.. Semoga cpt sembuh.. “ Nabila Huda

” Ya Allah… bertabah ya… semoga cepat sembuh… Syafakallah.. aaminn Ya allah Ya Mujib.. “

Menurut Fizz, isterinya mengalami sak1t orang perempuan. Namun beliau tidak menyatakan lebih lanjut sak1t apa yang sebenarnya. Kami di Oh Kopak turut mendoakan semoga Almy Nadia segera sembuh dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..