” Aksi-aksi depa comel sangat.. ” – Netizen

Diana Amir Kongsi Video Aktiviti Melipat Pakaian Bersama Anaknya, Khadija Azzehra Dan Muhammad Khalid. Alahai Comelnya Gel4gat Anak-Anak. Khalid Siap Memungg4h Balik, Haha !!

Nurdiyana binti Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir merupakan seorang pelakon dan pengacara. Untuk rekod, Diana telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Mohd Habibullah A Rahman dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid.

Menerusi laman Instagram milik Diana, telah dikongsikan video aktiviti anak-anak Diana sedang melipat pakaian. Khalid dilihat sedang melipat seluarnya yang berwarna oren dengan menggulung-gulung seluarnya itu tanpa membetulkan dahulu membuatkan seluarnya tidak berlipat.

Disebabkan tidak dapat melipatnya dengan baik. Khalid mencamp4kkan seluar tersebut di atas sofa dan kemudian sambil tersenyum Khalid melompat ke atas baju dan seluar yang ada di sofa tersebut sambil tangannya membuka kembali lipatan baju yang telah dilipat.

Berbeza dengan Khadija yang melipat seluar kepunyaannya dengan kemas. Khadija membetulkan seluar tersebut dan melipat seluar tersebut menjadi dua. Kemudian Khadija melipatnya menjadi tiga bahagian dan memberikan kepada Diana sambil tersenyum dan membuat tanda peace.

Jom tonton video di bawah:

Peminatnya mengatakan aksi yang ditunjukkan oleh Khadija dan Khalid sangat comel terutama telatah Khalid yang memungg4h kembali pakaian yang telah dilipat. Antara komen-komen peminatnya:

” Aksi2 depa comel sgt.. Alahai.. Rindunya kat depa ni.. Akhirnya dia pun pungg4h balik semua. Hahahaha.. insyaAllah bakal rajin tlong mami ni.. dianaamir.. ” 

Menerusi kapsyen tulisan Diana, Diana mengatakan bahawa anak-anaknya mempunyai niat yang sama tapi hasil kerja keduanya nampak sangat berbeza. Dapat dilihat Khadeja lebih teliti dalam melakukan pekerjaan yang diberikan berbanding dengan Khalid yang hanya mahu menyiapkan sahaja.

Ramai anak pastinya pelbagailah karenah mereka. Pastinya satu hari nanti momen-momen seperti ini akan menjadi momen terindah dalam kehidupan Diana yang bergelar ibu. Semoga Khadija dan Khalid membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Diana Amir

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..