” Akhirnya dapat seorang puteri Aidil. Alhamdulillah, tahniah.. ” – TMJ

Aidil Zafuan Kongsi Berita Gembira Isteri Selamat Melahirkan Anak Ketiga Mereka. Wahhh Tahniah Aidil Dan Zarema, Finally Dapat Baby Girl. Syukur Alhamdulillah !!

Meninjau di akaun Instagram milik pemain bola sepak, semalam Aidil Zafuan telah berkongsi berita gembira di mana isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Paling istimewa kelahiran pada kali ini, Aidil telah menimang anak perempuan.

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa ramai buat dia dan isterinya, Zarema Zainal. Turut dikongsikan oleh Aidil gambar bersama si kecil itu ketika masih berada di hospital.

Sebelum ini Aidil dan Zarema telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary. Malah menerusi perkahwinan terdahulu bersama pelakon Rita Rudaini, Aidil juga telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna.

Sehingga kini perkongsian khabar gembira oleh Aidil itu telah mendapat lebih 46 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak dimuatnaik ke Instagram. Alahai jelas terlihat dalam gambar tersebut Aidil sangat happy setelah menimang cahaya mata perempuan pada kali ini.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warga maya telah mengucapkan tahniah kepada Aidil dan isteri di atas kelahiran bayi perempuan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

”  Akhirnya dapat seorang puteri Aidil. Alhamdulillah, tahniah.. ” – TMJ

” Tahniah Aidil dan isteri. Alhamdulillah Dah dapat bunga sekuntum, hehe. Semoga anak ini membesar menjadi anak yang solehah.. “

” Wah tahniah2. Tahniah dan akhirnya no.5 gurl. Menang besar ni. Bertambah meriah lah kehadiran si comel ni nanti di rumah.. “

” Yeayyyyy, syukurr.  Congrats idola, akhirnya muncul juga baby girl. Semoga ibu dan anak sentiasa sihat dan cepat dapat balik rumah.. “

” Tahniah, mesti comel mcm abg-abg dia. 4 lelaki 1 perempuan, Alhamdulillah. Rezeki akhir tahun ni. Moga semua sihat.. “

” Tahniah abg aidil dapat baby girl, alhamdulilah. Semoga sihat selalu amin. Selamat berpantang sis Zarema.. “

” Tahniah Aidil, yang ditunggu-tunggu akhir sudah tiba, syukur alhamdulillah. Semoga anak ini jadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.. “

” Wow Alhamdulillah finally baby girl, congrats to both of you. Tumpang gembira dapat tahu berita ni, hehe selamat berpant4ng.. “

Alhamdulillah, rezeki Aidil dan isteri. Semestinya kehadiran bayi baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga Aidil dan Zarema. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Zafuan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..