” Aik nak tambah anak ? Asal aku tak tahu ? ” – Aeril Zafrel

Respon Aeril Zafrel Bila Dapat Tahu Wawa Zainal Teringin Tambah Anak Buat Netizen Tergelak. Haa.. Hambik Kaw-Kaw Kena Usik Dengan Netizen. Bertabah Lah Aeril !!

Nama pelakon kacak Aeril Zafrel semakin hari semakin menjadi sebutan. Lakonannya yang sentiasa berkesan dan penuh penghayatan buat peminat semakin meminatinya. Tidak hanya bersandarkan pada rupa paras, Aeril adalah antara artis yang memiliki pakej sempurna, rupa dan bakat yang seimbang.

Sudahpun 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama pelakon cantik berlesung pipit, Wawa Zainal, mereka menjadi pasangan yang popular di Malaysia. Sikap romantis mereka buatkan ramai yang cembur0. Sudah beranak tiga pun masih kekal sama seperti zaman bercinta.

Dikurniakan tiga orang cahayamata diberi nama Attar, Hayla dan Ayya Sofyya, kehidupan mereka sekeluarga sering meraih perhatian ramai. Baik Aeril mahupun Wawa, keduanya bersih daripada sebarang gos1p li4r. Keluarga harmoni, sakinah mawaddah warahmah yang menjadi panduan dan inspirasi ramai.

Menerusi akaun Twitter, Aeril Zafrel telah berkongsikan responnya terhadap kapsyen isterinya Wawa Zainal yang berhasrat untuk menambah anak. Ayat Aeril ini mendapat perhatian ramai peminat setianya yang kebanyakannya mengus1k Aeril yang sibuk ber Tik Tok.

Jom baca perkongsian di bawah :

Ini berikutan kapsyen Wawa ini yang mendapat banyak komen dari peminat. Sebelum umur 30 tahun mahu tambah anak tapi masalahnya sekarang sudah umur 28 tahun. Apakah ? Suspen tau laki bini ni.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ‘terkej0t’ Aeril ini. Antara komen-komen netizen :

” Aiyooooo tulaaa buat tiktok sangat.. “

” Sebab wawa artis rel. Ko bukan sape sape, ko cuma army je.. “

” Tu la… Asyik main TikTok je. Tengok-tengok sikit Wawa tu. Haha.. “

” Dia drop hint dekat orang lain hahaha tu laa aeril hot sangat.. “

” Ko sib0k jadi president tik tok siang malam acaner nak tahu.. “

” Mungkin wawa dah cakap tapi awak fokus dengan tiktok jadi tak dengar hahah.. “

” Tak sempat nak bincang.. Bang Ril sibuk main tiktok.. “

Alahai netizen pun, bukan main kaw-kaw diusik si Aeril ni. Lucu betul masing-masing punya komen. Wawa dan bagi hint apa lagi Aeril. Moga-moga tahun depan Ayya Soffya boleh jadi kakak. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aeril sekeluarga sentiasa bahagia dan dilindungi Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : Twitter Aeril Zafrel, IG Aeril Zafrel, IG Wawa Zainal by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..