” Aidil dah bagi hint guyss, maybe anak dia nanti kembar.. “

Pick Up Line Aidil Aziz Untuk Isteri Tercintanya, Fasha Sandha Di Media Sosial Membuatkan Netizen Meneka Pasangan Ini Bakal Dapat Anak Kembar. Namun Tak Sangka Ini Respon Daripada Aidil. Woww.. Tahniah !!

Bahagia betul tengok pasangan suami isteri selebriti terkenal ini, Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz. Pasangan ini yang sedang menanti kelahiran anak mereka tidak lama lagi kelihatan sungguh teruja memandangkan ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercer4i pada 20 Januari 2016.

Dari perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 6 dan Putri Raysha Jemaima, 5. Untuk pengetahuan umum, Fasha pernah mengalami kegug0ran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan pada tahun lepas.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Aidil ada berkongsi satu posting beliau telah memberikan ‘Pick up line’ buat isteri tercintanya, Fasha Sandha.  Kelihatan pada gambar yang dikongsikan oleh Aidil itu berlatar belakangkan menara berkembar petronas KLCC.

Ikuti perkongsian oleh Aidil di bawah :

Rata-rata peminat tidak melepaskan peluang menulis pick up line pada komen posting Aidil. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sy xperlukan view klcc, cukup awk yg menjadi view sy setiap hari.. “

” Awak nak tahu tak? Setinggi2 klcc ni tinggi lagi cinta saya pada awak.. “

” Apa beza korang dgn semut ? Semut suka yg manis². Tp korg berdua dh buat telefon sy bersemut sbb sweeet sangat.. Cia.. Cia.. “

” Apa beza twin tower sama Fasha.. Twin tower buat smua org boleh tawan.. Kalau fasha, hanya aidil saja dpt.. “

” Setinggi2 klcc, tggi lg pickupline itsaidilaziz.. “

” Apa Beza Awak dengan Ronaldo ? Ronaldo bermain bola, tapi awak bermain di fikiran saya… Cia… Cia… Cia… “

Namun ada seorang netizen telah memberikan komen yang agak menarik bahawa Aidil cuba memberi bayangan  bakal mendapat anak kembar. Namun tak sangka, Aidil juga telah memberikan respon.

Betul ke nih ?? Aidil pun bagi respon tanpa berkata, hanya tanda love seolah seperti mengiyakan tekaan netizen. Kalau ia benar, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Aidil dan Fasha. Moga segala urusan Fasha untuk bersalin nanti dipermudahkan. Semoga keluarga kalian sentiasa bahagia selamanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..