” Agaknya dah lama Dato’ K idamkan nak layan anak perempuan macam princess.. ” – Netizen
Video Siti Aafiyah Yang Sangat Manja Dengan Ayahnya, Dato’ Seri Khalid Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Daddy’s Girl Sangat, Cuci Rambut Pun Ayah Teman !!
Jika sebelum ini ada dikongsikan di Instagram video Siti Aafiyah bersukan di sekolahnya ditemani oleh ayahnya, Dato’ Seri Khalid Muhammad Jiwa, kali ini Aafiyah tetap ditemani ayahnya ketika berada di sebuah salon rambut.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Aafiyah sedang mencuci rambutnya sambil ayahnya berada di sebelah. Dapat dilihat Aafiyah sangat manja dengan ayahnya dan ingin berada di samping ayahnya selalu.
Aafiyah merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, dan pastinya Aafiyah merupakan kesayangan dalam keluarga terutamanya Dato’ Seri Khalid. Dato’ Seri Khalid mempunyai 4 orang anak lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu.
Turut dikongsikan gambar Aafiyah bersama ibu dan ayahnya sebelum rambutnya dicuci. Gaya p0sing Aafiyah yang seperti tidak mahu melepaskan pel0kan ayahnya turut mencur1 perhatian. Alahai, anak manja ayah sangat ni.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Video Aafiyah ketika mencuci rambut :
Ramai yang seronok melihat sikap manja Aafiyah bersama ayahnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Di hujung usia Allah kurniakan anak perempuan.. Agakny dah lama dato K idam2kan nak layan anak perempuan mcm princess.. Alhmdulillah.. Sebesar2 nikmat yang Allah bagi anak solehah.. “
” Sat lagi kalau dia nak pi shopping ke kemana ke, ayah dia yang dia akan ajak dulu.. Daddy’s girl. The only princess .. “
” Ni anak manje ayah ni. Intan payung sorang je perempuan buah hati ayahnya.. Muka afiah ni banjir dgn kasih syg yg mlimpah ruah. Jelas sgt nmpk dimukanya.. “
” Memang anak ayah. Oii susahlah boyfriend Aafiyah nak compete dgn ayahnya nanti.. Bertuahnya afiah dapat ayah yang penyayang.. “
” Seronoknya Aafiyah me time ayah teman.. Anak perempuan memang anak emas ayah. Hihi.. Comel nyaa.. manis sgt muka.. “
” Aafiyah dan Ayah sama seronok.. semoga keluarga Datuk siti bahagia slalu.. Aamiin.. Aafiyahkhalid… You big girl already n pretty…. Where your brother…. “
” Aafiyah c0py paste dan xerox muka ayah 100%. So cute & adorable girl .. Anak yg ditunggu2. istimewanya lain macam moga menjadi anak yg solehah. Aamin YRA.. “
Anak perempuan selalunya sangat rapat bersama ayah berbanding ibunya. Sebab itu ramai menyatakan ayah merupakan ‘boyfriend‘ pertama anak perempuan. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..