” Adoi lawo gil4 rumah. Kalau aku ni bawak tilam je tido luar tiap hari. Haha.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Sari Yanti Bersama Anak-Anak Ketika Sambutan Ulangtahun, Namun Rumah Mewah Jep Sepahtu Jadi Tumpuan. Memang Wow !!

Mohd Nadzri Zainal Abidin nama diberi kepada pelawak negara, Jep Sepahtu. Mula dikenali dengan kumpulan Sepah, nama Jep semakin bersinar. Bergelar suami kepada pelakon cantik Sari Yanti ketika umurnya 32 tahun, Jep kini sudah memiliki seorang puteri comel diberi nama Dariya Inara.

Dilahirkan di Kulai Johor pada 9 April 1985, hari ini genap umurnya 35 tahun. Memiliki peminat dan pengikut setia yang ramai, Jep antara pelawak paling popular di Malaysia sekarang. Turut bergelar penyampai radio di stesen Sinar FM menerusi slot Pagi Di Sinar, telatah Jep yang sering membuat lawak buatkan pendengar tetap setia mendengar sehingga ke akhir rancangan.

Jep yang terkenal dengan punnchline spontan dan padu antara tonggak utama yang menjadikan slot pagi itu trending. Rancangan sitkom jenaka Sepahtu Reunion juga membuatkan nama Jep semakin melonjak. Setiap minggu pasti ada sahaja idea Jep mengenakan rakan sekumpulannya itu.

Menerusi akaun Instagram, Jep telah berkongsikan beberapa keping gambar Sari bersama anak-anak dengan kapsyen memberitahu kesayangannya ini membuat kek harijadi istimewa buatnya. Namun rumah Jep yang cantik dan mewah itu menjadi tumpuan peminat. Wah gah sangat istana Jep ni !

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji rumah Jep yang kelihatan sangat mewah itu. Antara komen-komen netizen :

” Wow menarik. Cantik umah jep.. “

” Hepi bornday jep… Lawa laman umah… “

” Chanteknya rumahhh, happy birthday abah jep.. “

” Cantiknya rumah Jep. House goals ‼.. “

” Cantiknya rumah… Happy birthday Mr Jep.. “

” Cantik betul kedai kek dan master chef nya.. “

” Lawa rumah Jep. Cantik tenang je.. “

” Adoi lawo gil4 rumah. Kalau aku ni bawak tilam je tido luar tiap hari. Haha.. “

” Suka betulla tengok umah Jep nie.. Cantikk sungguh.. “

Wah Jep, cantik sungguh rumah. Sebelum ni hanya tengok laman Barr, Bassit dan Dariya bermain je. Kali ni baru betul nampak sebiji rupa rumahnya. Patutlah Dariya suka bermain ada laman cantik sangat. Sampai teruja peminat melihatnya. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jep sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu, IG Sari Yanti by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..