” Ad0i anak beran4k ni haha, anak hang muka lawak.. ” – Netizen

Video Parodi Work From Home Bell Ngasri Bersama Anak-Anaknya Buat Peminat Terhibur. Wah Anak Sulung Bell Pun Ayat Lawak Macam Ayahnya. Pelapis Barkoba Ni !!

Bell Ngasri cukup terkenal dengan video parodi terutamanya untuk segmen Parodi Melet0p. Seringkali bergandingan bersama rakan baiknya, Jihan Muse, lawak mereka sering menghiburkan hati penonton setia Melet0p.

Meninjau akaun Instagram Bell, telah dikongsikan satu video parodi yang mengetengahkan isu work from home (WFH). Hanya merakamkan video ini di rumah, anak-anak Bell turut sama tampil sebagai pelakon untuk menjayakan video ini.

Kalau sudah namanya Bell, pasti ada sahaja ideanya untuk membuatkan parodinya menjadi lucu. Berceloteh tentang WFH, Bell meletakkan handphonenya di lantai dengan bersandarkan kepada sandal sahaja.

Tulis Bell di kapsyennya, masih dalam PKP jadi berlakon dengan anak-anak sahajalah. Bukan mudah untuk WFH, apatah lagi perlu melayan kerenah anak-anak. Lakonan anak-anak Bell terutamanya si sulung membuatkan jalan cerita parodi ini bertambah menarik.

Jom tonton video di bawah :

Video Parodi Bell ini mendapat perhatian daripada peminat dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat ayah dan anak-anak ini. Antara komen-komen peminat :

” Itu anak ke adik Bell haha. Dan macam adik beradik pulak nampak. Steady lah Bell, semoga kamu sekeluarga diberi kesihatan yang baik selalu.. “

” Handsomenya Along, baguslah anak-anak pun follow je arahan ayahnya hehe. Memang realiti wfh macam tu lah haha. sekejap bertukar jadi singa.. “

” Padu Bell, tak pernah tak lawak. Anak kena dapat 20% sebab join bapak berlakon haha. Comel sangat anak-anak Bell, boleh jadi pengganti bapak nanti.. “

” Ad0i anak beranak ni haha, terhibur betul tengok. Anak hang muka lawak, pandang tak jemu. Pandai kawal nak ketawa tengok bapak buat lawak haha.. “

” Ad0i yang last tu, bos bapak fighting, cut meeting haha. Pandai melawak Along pun, buat hal la haha. Sump4h Bell memang lawak tahap gaban.. “

” Barkoba buat hal lagi haha, tapi kali ni ada Barkoba junior lah. Anak pun berdekah tengok bapak dia haha. yang last tu lucu.. “

” Laa anak lelaki Bell ke, macam abang dengan adik je haha. Anak-anak pun layankan je, pandai melawak macam ayahnya jugak.. “

Ini bukanlah kali pertama anak lelaki Bell muncul dalam Parodi Melet0p. Sebelum ini ketika video bersama Wany Hasrita juga ada anak teruna Bell berlakon bersama. Apa pun, semoga Bell sekeluarga gembira selalu dan stay safe. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..