” Abah still look young, dengan anak-anak nampak macam kawan je.. ” – Netizen

Video Nazrudin Rahman Bersama Anak-Anaknya Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Anak Sulung Naz. Cantik Dan Manis Orangnya !!

Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali dengan nama Nazrudin Rahman merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal. Antara program yang dihoskan oleh Naz ialah Jalan-Jalan Cari Makan yang bersiaran di TV3.

Meninjau ke akaun Instagram, Naz ada berkongsi sebuah video bersama anak-anaknya yang kini sudah meningkat remaja. Naz mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidupnya bersama Sheahnee Iman Lee.

Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan anak perempuan Naz membetulkan baju yang dipakai oleh Naz. Nampaknya anak-anak sudah pandai menentukan cara pemakaian yang sesuai buat bapa mereka.

Perkongsian Naz ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Di ruangan kapsyen posting ini, Naz menyatakan yang anak perempuannya ini seorang anak yang bertanggungjawab, taat dan mengambil berat.

Jom tonton video di bawah :

Ramai menyatakan penampilan Naz bersama anak-anak nampak seperti kawan-kawan sahaja. Maklumlah Naz tidak dim4mah usia. Antara komen-komen yang diberikan :

” That spontaneous hug. Then she’s getting married lah abah. Lagi sedih.. May you and the kids never lose the child in each of you, We all need that silliness.. “

” Dh la comel, pakai tudung bj lengan pendek siap pakai inner handsock.. Tahniah buat abah dan mama bjaya didik ank.. “

” Parenting is about letting go. As long as they are kind to the world and live life happily I am all good.. Nampak syg abah sangat .. alhamdullillah.. “

” You brought your own personal dressers. They’re doing an excellent job. Haha sayang betul dia dekat abah dia. ABAH you legend dik, satu KL kenal dia.. “

” Ya Allah bertuahnya abah dikelilingi anak2 yg baik n bertuahnya anak2 abah punya abah n ibu yg penyayang.. mmg adore sgt dgn family abah.. “

” The abah still look young. Dengan anak-anak nampak macam kawan je.. I can stop watching dis. Ur relationship strong sgt. Suke tgk fam u.. “

” Kakak tinggi aik, umur berapa ye ? Alhamdulillah tahniah bang Naz dan isteri berjaya didik anak2. Moga keluarga ini diberkati ALLAH SWT didunia dan akh1rat. Aaminn.. “

Apabila anak-anak semakin membesar pastinya sebagai ibu bapa akan merindui saat mereka ketika kecil. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Naz dan isteri kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang baik dan sopan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nazrudin Rahman

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..