” 9 bulan Bonda bawak Ayyaz tapi keluar-keluar kembar daddy, hiks.. ” – Intan Saleh

Intan Saleh Kongsi Video Terbaru Anak Bongsunya, Ayyaz Yang Kini Sudah Berusia 1 Bulan Raih Perhatian Netizen. Eh Eh Memang C0py Paste Muka Daddy Lah Ayyaz. Bentuk Muka Dan Hidung, Sebijik Habis. Comelnya Dia !!

Sebut sahaja nama usahawan, Intan Saleh pastinya ramai yang mengenali si dia yang berwajah lembut ini. Intan yang mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama Mohd Aizam baru sahaja menimang cahayamata sulung mereka pada bulan September yang lepas.

Pada waktu itu, Intan hanya menggelarkan bayi lelaki ini sebagai baby A sahaja. Meninjau akaun Instagram Intan Saleh, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan wajah anak bongsunya yang diberi nama Ayyaz.

Kata Intan di ruangan kapsyennya, 9 bulan diusung perut ke sana ke mari, tetapi apabila babynya sudah keluar, wajah tu seiras wajah suaminya, Aizam. Bukan Intan seorang sahaja yang mengalami sebegini malah ramai lagi kaum ibu yang lain turut mengalami situasi yang sama.

Melihat pada wajah Ayyaz yang comel itu, Ayyaz memiliki kulit yang cerah dan kelihatan seperti Aizam. Ini baru betul anak daddy, kembar Aizam versi baby. Kata netizen, Intan terkena kenan dengan muka suami sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Sejak posting ini dimuatnaik, ianya telahpun mencatatkan lebih 10 ribu likes daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :

” Nasib baik kenan muka suami, kalau kenan muka orang yang kita tak suka lagi stress kan haha.. “

” Hahaha sebijik muka bapak dia, alala cutenya baby Ayyaz. semoga ayyaz menjadi anak yg soleh, kebanggaan parents, dikurnia kesihatan yg berpanjangan dan berjaya dunia akh1rat.. “

” So cute, daddy sebijik ni. 100% c0py ori daddy lah Ayyaz. Comel sangat, Alhamdulillah tahniah Intan.. “

” Muka daddy betul lah baby Ayyaz, ee comelnya awak ni. Alhamdulillah sihat semuanya, chubby baby.. “

” Daddy sangat, sebijik betul. Comelnya tengok muka baby Ayyaz. tunggu baby girl tahun depan mesti ikut muka ibunya hehe.. “

” Comelnya baby Ayyaz, semoga menjadi anak yang soleh Ayyaz. Photostat habis ayahandanya… tahniah wakk.. “

” Aah photoc0py daddy, macam tengok Aizam versi baby pulak. Bentuk muka, hidung sebijik habis hehe.. bertabahlah mommy haha.. “

Alhamdulillah, baby Ayyaz nampak sihat-sihat sahaja. Tidak kisahlah mirip wajah daddy atau bonda, yang lebih penting Ayyaz membesar dengan sihat. Tahniah Intan dan semoga baby Ayyaz menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Saleh

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..