” Jom laaa kahwin. Kalau Cik Man boleh bimbing saya yang beb4l ni la.. “

Kongsi Gambar Majlis Pertunangan, Gambar PU Azman Mengundang Perhatian Netizen !!

Nama pendakwah dan penceramah PU Azman atau pemilik nama sebenar Azman Syah bin Alias tidak perlu diperkenalkan lagi. Untuk pengetahuan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

Namanya mula dikenali ramai ketika beliau menyertai rancangan Pencetus Ummah musim ke 2 dan menjadi juara dalam rancangan realiti yang bercorak islamik itu. Selain menjadi penceramah bebas, kini PU Azman yang mesra dengan panggilan Cik Man ini turut melebarkan kariernya sebagai pengacara dan juga pelakon.

Antara drama dibintanginya ialah Bila Hati Telah H1tam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan, Ustaz Baru Nak Start dan yang terbaru drama Sweet Dream yang diadaptasi daripada sebuah novel yang telah ditayangkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria.

Menerusi akaun Instagram, Cik Man berkongsi gambar bersama seorang wanita muda. Di hadapan mereka ada beberapa hantaran pertunangan. Pada mulanya ramai yang mengingatkan Cik Man yang bertunang, tetapi seperti yang tertera di kapsyen sebenarnya anak saudara Cik Man yang bertunang. Alahai Cik Man, saja je buat suspen kan !!

” Sorang sorang anak buah Cik Man tunang pas tu kawin. Takperlah, yang penting mangga tu paksu punya. Tahniah @amilia.i “

” @carleenabahauddeen Mana? Takkan sepupu tunang pun tak balik? Paksu dari rawang pun boleh datang tau tak. Tak guna betul. Ni mesti cucu angkat ni.. “

Rata-rata netizen mengusik bila pula giliran Cik Man akan bertunang dan berkahwin. Antara komen-komen netizen :

” Aku ingatkan dua orang tu bertunang.. “

” Hahahah cik man nye caption x pernah mengecew4kan !!! ahahahahahah.. “

” Tahniah ank sedara pak su.. pak su bila lagi nak bertunang.. “

” Ingatkan cikman punya. Hm baru nak br0ken.. “

” Ingatkan cikman yang tunang. Hahahahahahahhahaha paksu main psik0000.. “

” X lme lg cik mannye turn plak la ni.. amik berkat.. “

” Ingat kan cikman tunang td.. Hahaha.. Paksu nya bila.. Tunggu bidadari masih kat tadika ke.. “

Namun ada komen gurauan seorang netizen mendapat perhatian ramai :

 

Nampaknya ramai yang tak sabar tunggu giliran Cik Man pula yang akan naik pelamin. Sama-sama kita doakan, Cik Man dipertemukan dengan seorang wanita solehah dan akan bahagia hidup di dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkan semua urusan Cik Man.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..