” Untungnya Cik Pia dapat peluk Baby Pian. Hahaha.. “

Video Aksi Spontan Cik Pia Yang Tiba-Tiba Memeluk Dan Menc1um Sufian Suhaimi Yang Sedang Menyanyi Menarik Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Cik Pia !!

Nama Cik Pia atau pemilik nama sebenar Afiatul Salsabiila tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun bukan seorang selebriti, Cik Pia sangat terkenal dan popular di media sosial. Abangnya yang bernama Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai dengan nama Bengah sering berkongsi video Cik Pia di laman sosial.

Untuk pengetahuan, Cik Pia seorang yang istimewa dan merupakan anak d0wn syndr0me, namun begitu sebagai abang, Bengah tetap melayan Cik Pia seperti insan yang normal dengan penuh kasih dan sayang. Selain disayangi oleh ahli keluarganya, Cik Pia turut disayangi oleh peminat-peminatnya.

Malah Cik Pia turut mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang dikendalikan oleh ahli keluarganya. Sehingga kini akaun Instagram Cik Pia mempunyai 137 ribu pengikut yang sentiasa menantikan update terkini mengenai aktiviti hariannya.

Menerusi akaun Instagram, Bengah berkongsi video di satu program yang diikuti oleh Cik Pia. Dalam video berkenaan, penyanyi terkenal tanahair, Sufian Suhaimi sedang membuat persembahan. Sufian akhirnya turun dari pentas dan menghampiri Cik Pia yang duduk di meja yang berhadapan dengan pentas.

Sufian menarik tangan Cik Pia dan Cik Pia mengikutinya sehingga ke tangga pentas. Apa yang menariknya ketika Sufian sedang menyanyi, Cik Pia tiba-tiba memeluk dan mencium pipi Sufian sehingga mengej0tkan jemputan yang hadir. Alahai serius comel, itu lah aksi spontan dan tidak dijangka bagi seorang yang istimewa seperti Cik Pia.

Baca perkongsian Bengah dan tonton video di bawah :

“ SENANG KE MENJAGA ADIK ISTIMEWA NI BENGAH ? ”

” Bengah throwback video lama ni.. masa Cik Pia mengikuti pogram Kasya dan pada masa ni Bengah tak dapat join. Bila tengok video yang dikirim dari penjaga adik iaitu akak akak Cik Pia.. “

” Bengah cuma risau satu je! penerimaan orang luar dengan insan istimewa ni dan tingkah laku Cik Pia yang tidak dijangka atau spontan! “

” Tak0t kalau Cik Pia mengkas4ri orang baru yang dia kenal atau ketidak selesaan orang tersebut.. tapi apa yang Bengah tengok dan renungkan dalam video ni.. Cik Pia bebas macam insan lain.. “

” Dia selesa dengan pergerakan dia.. dan penyanyi yang mengajak Cik Pia bersama naik ke pentas dapat menyesuaikan keadaan. Tahniah Baby Pian! “

” Bengah sebenarnya banyak fikirkan apa yang berlaku seterusnya sebab risau Cik Pia rampas mic nak menyanyi lagu tu! sebab lagu tu ada kenangan Cik Pia dengan kucing kesayangan dia… apa apa pon Sufian ni memang menyanyi suara telan kaset ! “

” Video ni panjang dan aktiviti Cik Pia dekat pentas ni banyak aksi yang menarik perhatian yang menonton ketika majlis ni.. Dua insan ni Baby Pian penyanyi yang berbakat dan Baby Pia penyeri suasana majlis.. “

”  Abang minta maaf kalau sesiapa yang menonton video ni kata ia sebagai satu keterl4luan kerana Cik Pia bertindak spontan peluk Pian. itulah keistimewaan dia.. dan inilah show terakhir Cik Pia naik pentas sorang. Umur Cik Pia 21 tahun november ni.. “

View this post on Instagram

“SENANG KE MENJAGA ADIK ISTIMEWA NI BENGAH?” . Bengah throwback video lama ni.. masa Cik Pia mengikuti pogram Kasya dan pada masa ni Bengah tak dapat join. Bila tengok video yang dikirim dari penjaga adik iaitu akak akak Cik Pia. Bengah cuma risau satu je! penerimaan orang luar dengan insan istimewa ni dan tingkah laku Cik Pia yang tidak dijangka atau spontan! 😅 . Takut kalau Cik Pia mengkasari orang baru yang dia kenal atau ketidak selesaan orang tersebut.. tapi apa yang Bengah tengok dan renungkan dalam video ni.. Cik Pia bebas macam insan lain. Dia selesa dengan pergerakan dia.. dan penyanyi yang mengajak Cik Pia bersama naik ke pentas dapat menyesuaikan keadaan. Tahniah Baby Pian! 😊🙌🏻 . Bengah sebenarnya banyak fikirkan apa yang berlaku seterusnya sebab risau Cik Pia rampas mic nak menyanyi lagu tu! 🤣 sebab lagu tu ada kenangan Cik Pia dengan kucing kesayangan dia… apa apa pon Sufian ni memang menyanyi suara telan kaset! . Video ni panjang dan aktiviti Cik Pia dekat pentas ni banyak aksi yang menarik perhatian yang menonton ketika majlis ni.. Dua insan ni Baby Pian penyanyi yang berbakat dan Baby Pia penyeri suasana majlis 😁 . Abang minta maaf kalau sesiapa yang menonton video ni kata ia sebagai satu keterlaluan kerana Cik Pia bertindak spontan peluk Pian. itulah keistimewaan dia.. dan inilah show terakhir Cik Pia naik pentas sorang. Umur Cik Pia 21 tahun november ni 😆 . #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam #SufianSuhaimiTerakhir

A post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan dan bersahaja Cik Pia. Antara komen-komen netizen :

” Alololololo comel nya cik pia.. relax jer baby pian. macam adik peluk Abang.. “

” So cute. It’s ok. Cik Pia have a lot of excuses to hug him. Why not ? “

” Alahai comeynyaaa cik piaa. Bengah upload la kesudahan video ni. Hihihi.. “

” Allahu Akbar. Cik Pia pandai bawa diri. Pelukan tu tanda kasih sayang bukan menggat4l.. “

” Comellllll… dapat c1um dapat huge lagi adoiiii.. “

” Haisshhh…. Lagu n aksi cik pia… tersentuh hati… up la video panjang sikit bengahhh.. “

” Untung nyaaa cik piaaaa dpt peluk baby pian hahahaha dh lah comel cik pia.. Rasa nk peluk je.. “

Alahai Cik Pia, kenapa comel sangat ni. Serius memang terhibur dengan gelagat Cik Pia. Korang jangan pikir bukan-bukan pula yer, anak istimewa seperti Cik Pia memang tidak terduga reaksi dan perbuatan mereka. Baby Pian pun sporting sangat kan. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Pia sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hammad Zamakhshari (Bengah) by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..