” Waaaa Aaisyah speaking laaaaa. Baru mat salleh, sesuai dengan muka.. “

Sesekali Aaisyah Dhia Rana Speaking Omputih, Comel Sungguh Lah. Buat Ramai Yang Cair !!

Nama dan wajah si cilik yang comel, Aaisyah Dhia Rana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kepada pasangan selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih mesra dan dikenali dengan nama panggilan Che Ta dan Zain Saidin ini sering menjadi perhatian ramai.

Untuk pengetahuan, Che Ta berkahwin dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan ini, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014 di Kuala Lumpur. Aaisyah mewarisi kekacakan dan kecantikan kedua ibu bapanya.

Dilahirkan sebagai anak seorang selebriti, Aaisyah turut terkena tempias populariti kedua ibu bapanya. Malah Aaisyah turut mempunyai ramai peminat yang mengikutinya di akaun Instagram. Sehingga kini Aaisyah mempunyai 1.5 juta pengikut, satu jumlah yang agak besar bagi seorang kanak-kanak.

Menerusi akaun Instagram, Che Ta berkongsi video Aaisyah sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris. Jika anda mengikuti akaun Instagram Che Ta atau Aaisyah, pasti anda mengetahi Aaisyah sering bercakap dalam bahasa melayu dan kadang-kadang akan bercakap loghat utara seperti ibunya.

Tapi bila sesekali Aaisyah ‘speaking omputeh’ ni, alahai comel sungguh lah, mesti ramai yang cair ni. Jom tonton video di bawah :

” Beautiful or not ? “

Rata-rata peminat memuji kecomelan Aaisyah bercakap dalam Bahasa Inggeris. Antara komen-komen peminat :

” Susah nk dgar ecah speaking ni.. “

” Hang ni ecah serba blh. Untie likeeeee ecah muuuah. Cant wAit for her to grow up.. mesti lawa.. “

” Oo my english aisyahdhiarana so cute n beautyful girl, awat cek paqai Lencu comot syg ? “

” Anja ayang bucuk2 comeiiii nyaaaaa mcm mak dia mcm Pak hang jugak.. “

” Pandai nya diaaa… Lovely little girl.. You really beautiful aishah.. “

” Heran sunggoq ceq dengaq lately ni aaisyah selalu ja cakap omputih.. sedangkan mok hang cakap dengan hang pure kedah aaisyah oii.. clever girl.. “

” Baru perasan muka Aaisyah @aaisyahdhiarana111 sama dgn pelakon Hindustan yg berlakon dlm cerita Bajrangi Bhaijaan yg jd si kenit cantik comel Shahida tu.. “

” Ecah xyah skeping laaa… ckp utaqa lg best. 1st time tengok Ecah speak english…. “

” Sekali ecah speaking acik neves betoi.. comel minah salih abis ecah.. sooo cuute.. “

” Waaaa aaisyah speaking laaaaa… baru mat sallehh. sesuai dgn muka. luv u barbie dolllll.. “

Alahai Aaisyah, kenapa comel sangat ni. Tak sabar nak tunggu Aaisyah besar, mesti cun melecun kan. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aaisyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..