” Hero mama dan abah, terus bertahan.. “

Abby Abadi Kongsi Perkembangan Terbaru Anaknya Pada Hari Ke 21. Teruskan Berdoa Untuk Baby Danial !!

Umum mengetahui pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hujung September yang lalu. Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal yang dilahirkan secara pramat4ng dengan seberat 535 gram sahaja.

Abby dan suaminya, Muhammad Faizal sering berkongsi perkembangan semasa Baby Danial yang kini ditempatkan di N1CU di H0spital Sungai Buloh menerusi akaun Instagram mereka. Menurut Abby sebelum ini, doktor memaklumkan Baby Danial sudah bergantung 90% pada mesin untuk bernafas iaitu penggunaan maksimum bagi seorang bayi seusia dengannya.

Keadaan Baby Danial pada ketika itu boleh dikatakan agak krit1kal. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa semua yang tidak put0s-put0s buat Baby Danial, kini Baby Danial telah menunjukkan perkembangan yang positif. Syukur, Alhamdulillah.

Menerusi akaun Instagram, Abby sekali lagi berterima kasih kepada mereka yang mendoakan buat anaknya. Menurut Abby, setiap hari beliau dan suami akan melawat Baby Danial untuk memberi sentuhan dan kekuatan buat si kecil itu.

Baca perkongsian Abby di bawah :

” Hari ke 21, Muhammad Danial Firman Faizal. Terima Kasih ALLAH untuk perkembangan Baby Danial. Terima Kasih juga Pada yang tak putus mendoakan.. “

” Tiap2 hari Mama Abah pergi N1CU, HSB. Beri sentuhan & kekuatan untuk Hero Mama Abah ni. Terus bertahan Dan Alhamdullillah. ALLAH Maha Mendengar Dan Maha Mengetahui yg terbaik.. “

Rata-rata peminat turut mengucap kata syukur dengan perkembangan positif Baby Danial. Antara komen-komen peminat :

” Semoga baby danial cepat sihat.. akk abby pon kuat semangat ye.. “

” Alhamdullilah smg dipermudahkn segala urusan kak abby & keluarga Aamiin2 YRA.. “‘

” Alhamdulillah, semoga yang baik2 untuk baby Danial.. “

” Aamiin ya Allah sehat sllu baby Danial sayang.. “

” Alhamdulillah syukur. Allah uji tanda Allah sayang. Dan semestinya, Allah sayang Akak dan suami and of course, Allah sayang Baby Danial. Semoga Baby Danial terus kuat bertahan, semoga terus sihat dan membesar dgn sempurna menjadi ank soleh. Aamiin.. “

” Semoga baby danial cepat sihat.. akk abby pon kuat semangat ye.. “

” Alhamdulillah…semoga baby danial sentiasa dlm keadaan yg sihat.. Semoga baby danial cepat besar dgn sempurna.. baby danial seorg ank yg kuat… Allah sentiasa ada utk lindungi baby danial.. “

” Allah.. cute ny kaki bby danial.. semoga anak akak membesar dgn sihat.. amin.. “

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa semua Baby Danial kini menunjukkan perubahan yang positif. Sama-sama kita doakan semoga Baby Danial terus kuat dan bertahan serta membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain. Kepada Abby dan suami, semoga tabah dengan ujian ini. Allah uji sebab Allah sayang.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..