” Sejuk dan tenang tengok muka Juliana berhijab. Semoga Istiqamah.. “

Juliana Evans Kongsi Gambar Ketika Di Tanah Suci Bagi Menunaikan Umrah. SubhanAllah, Manisnya Juliana Berhijab.. 

Siapa yang tidak kenal pelakon cantik manis, Che Puan Juliana Evans. Selain berlakon, Juliana atau pemilik nama sebenar Juliana Sophie binti Johari Evans ini juga seorang pengacara dan model iklan di Malaysia. Juliana mencipta nama sebagai pengacara seawal usia 12 tahun.

Untuk pengetahuan, anak kelahiran Selangor ini mempunyai dar4h kacukan Inggeris Melayu. Wajahnya yang menawan dan bakatnya yang besar dalam bidang lakonan, membuatkan Juliana sering diberi watak utama dalam beberapa drama serta filem lakonannya.

Pada 30 April 2017, Juliana sah menjadi isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah yang merupakan kerabat diraja Selangor. Pada 13 Julai 2019 lalu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya perempuan yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Menerusi akaun Instagram, Juliana berkongsi gambarnya ketika berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah umrah. Juliana pergi ke sana bersama suaminya dan juga beberapa ahli keluarga yang lain dan beliau tidak membawa anaknya Tengku Kamiliah bersama.

Gambar dan video Juliana yang sopan dan ayu bertudung serta menutup aurat dengan sempurna menarik perhatian ramai.

” Missing Mecca and it’s peacefulness.. “

Rata-rata peminat memuji kecantikan Juliana dan mendoakan semoga Juliana mendapat umrah yang mabrur. Antara komen-komen peminat dan juga rakan selebriti :

” Tenang tgk muka u berhijab @julianaevans semoga istiqomah sis.. “

” Syukur Alhamdulillah, my dear. Moga dapat umrah yang mabrur. Thank you for sharing your experience there.. “

” Doakan i and my family to be there soon k babe TQ love. Enjoy ur spiritual journey and mog mendaput umrah yg mabrur aameen.. “

” Alhamdulillah.. Moga dapat umrah yg Mabrur.. N selamat pulang.. “

” AllahuAkbar. It is a beautiful feeling indeed. MashaAllah tabarakallah.. “

” Moga balik nnti Blh berhijab.. Cantik Sangat sis berhijab.. “

” Alhamdulillah selamat menunaikan ibadah umrah @julianaevans serta suami @tengku_adeq Semoga mendapat umrah yg mabrur semoga dipermudahkan segala urusan disana.. “

” Alhamdulillah syukur. Semoga diberikan kesihatan yang baik & semoga mendapat umrah mabrur Puan @julianaevans.. “

Di bawah, kami sertakan beberapa lagi gambar yang dikongsikan oleh Juliana di akaun Instagram miliknya :

Alahai sejuk mata memandang wajah Juliana. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Juliana mendapat umrah yang mabrur. Sama-sama kita mendoakan semoga Juliana terus beristiqamah dalam menutup aurat sebagai wanita muslim apabila balik ke Malaysia nanti. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Juliana Evans by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..