” Bila ada keluarga yang tak ada duit untuk sewa bilik, Pak Leman suruh mereka tidur dalam rumahnya dan dia akan tidur di luar.. “

SubhanAllah.. Walaupun Hanya Menjual Tin, Tapi Pak Leman Sangat Bermurah Hati. Perkongsian Ustaz Ebit Buat Ramai Yang Sebak !!

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pendakwah dan juga merupakan penceramah motivasi ini sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang memerlukan pertolongan dan juga bimbingan ke jalan yang diredhai Allah.

Mempunyai sikap yang lemah lembut, bersopan santun dan sangat berhemah membuatkan Ustaz Ebit sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi golongan-golongan yang pernah didekatinya atau pernah diberi pertolongan olehnya. Cara Ustaz Ebit berdakwah sangat dikagumi ramai.

Terkenal dengan tagline “Allah Sayang”, Ustaz Ebit juga sering berkongsi kisah keistimewaan kaum wanita lebih-lebih lagi yang sudah bergelar isteri dan ibu. Cara dan layanan Uztaz ebit terhadapa isterinya yang digelar sebagai bidadari juga turut membuatkan ramai yang rasa terharu dan kagum.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi video sedang bersama-sama beberapa orang kanak-kanak yang hidup susah di ibu kota, Kuala Lumpur. Kanak-kanak itu membawa Ustaz Ebit melawat rumah mereka yang dihuni oleh ramai ahli keluarga dalam satu rumah.

Ustaz Ebit juga berkongsi video seorang lelaki yang dikenali dengan anma Pak Leman. Walahpun hidup Pak Leman susah, tetapi dia seorang yang baik hati memberi keluarga yang tidak ada duit untuk bayar sewa bilik tidur di rumahnya dan dia akan tidur di luar rumah. Mulia sungguh hati Pak Leman.

Baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video di bawah :

” Sedihnya, pusing rumah kakak-kakak dekat sini. Semua cuma ada satu bilik. Ada anak 6 orang cuma satu bilik. Tandas dekat luar. Nak naik tangga jer dah seram gelap je. Masuk rumah semua muat satu tilam besar je atau 2 tilam single.. “

” Itu saiz rumah mereka. Rata-rata semua tinggal begitu. Beberapa orang menang1s semalam takde duit nak bayar sewa. Saya beri sedikit duit dan terus bayar sewa. Ada bantuan zakat kl.. Tapi yerlah duduk kl kan.. ”

” Ini rumah Pak Leman. Penuh tin. Dia kutip dan simpan, bila susah sangat dia jual. Allahu. Sedihnya dengar kisah hidup mereka. Bila ada keluarga yang tak ada duit untuk sewa bilik, Pak Leman suruh mereka tidur dalam rumahnya dan dia akan tidur di luar.. ”

” Anak-anak dekat sini semua dah macam keluarga. Setiap kali datang mesti peluk jer. Ya Allah tuhanku. Ada kakak anak 4 orang. Suami dah lama tak balik, hilang. Seorang diri besarkan anak-anak tengah kota ini. Mereka siap tolong jaga anak orang lain yang susah. Ajak tinggal dengan mereka.. ”

” Ada seorang anak ini dah tak pergi sekolah dan selalu mengam0k pada maknya mencar0t dan sep4k perut maknya. Bila dakwah dan pujuk dia nak belajar madrasah nak jadi orang baik. Allahu.. “

” Pohon doa semua dapat bantu mana-mana anak yang dah tercicir ini. Semoga Allah bantu mudahkan. Mereka semua baik-baik sangat disini. Sedang saya makan kenyang, tidur lena, mereka susah. Moga Allah ampunkan d0sa saya – Ebit Lew.. ” 

View this post on Instagram

Sedihnya, pusing rumah kakak-kakak dekat sini. Semua cuma ada satu bilik. Ada anak 6 orang cuma satu bilik. Tandas dekat luar. Nak naik tangga jer dah seram gelap je. Masuk rumah semua muat satu tilam besar je atau 2 tilam single. Itu saiz rumah mereka. Rata-rata semua tinggal begitu. Beberapa orang menangis semalam takde duit nak bayar sewa. Saya beri sedikit duit dan terus bayar sewa. Ada bantuan zakat kl.. Tapi yerlah duduk kl kan . Ini rumah Pak Leman. Penuh tin. Dia kutip dan simpan, bila susah sangat dia jual. Allahu. Sedihnya dengar kisah hidup mereka. Bila ada keluarga yang tak ada duit untuk sewa bilik, Pak Leman suruh mereka tidur dalam rumahnya dan dia akan tidur di luar. Anak-anak dekat sini semua dah macam keluarga. Setiap kali datang mesti peluk jer. Ya Allah tuhanku. Ada kakak anak 4 orang. Suami dah lama tak balik, hilang. Seorang diri besarkan anak-anak tengah kota ini. Mereka siap tolong jaga anak orang lain yang susah. Ajak tinggal dengan mereka. Ada seorang anak ini dah tak pergi sekolah dan selalu mengamuk pada maknya mencarut dan sepak perut maknya. Bila dakwah dan pujuk dia nak belajar madrasah nak jadi orang baik. Allahu. Pohon doa semua dapat bantu mana-mana anak yang dah tercicir ini. Semoga Allah bantu mudahkan. Mereka semua baik-baik sangat disini. Sedang saya makan kenyang, tidur lena, mereka susah. Moga Allah ampunkan dosa saya-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian Ustaz Ebit Lew. Antara komen-komen netizen :

” Malu kita jadi org berada ni kan ustaz.. “‘

” Ada family kaya, tapi hdup x bahagia, nak dapatkan kasih sayang pon susah. Ada family yg biasa-biasa, tapi kasih sayang diberikan dh ckup buat dorang bahagia. Allah syg kita smua.. “

” Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yg berpanjangan utk ustaz. MasyAllah.. “

” Allahu Akbar.. Sedihnya.. Semoga mrk dimurahkan rezeki.. Aamiin.. “

” Dalam susah kita, ada lagi orang yang lebih susah dari kita.. Alhamdulillah, blessed.. “

” Tengok video ni terus terdetik bertapa selama ni tak bersyukur dengan nikmat Allah, Kita fikir hidup kita paling tak sempurna tapi bila tengok video ni rasa tak semua orang nak pilih kehidupan macam ni, percayalah kadang2 Kita tengok orng macam ni dengan j1jik, h1na, kot0r, meremp4t tapi mungkin dia lagi bersih, wangi, di sisi Allah, semoga diberi kesihatan untuk ustaz terus berdakwah di ibu kota.. “

SubhanAllah mulianya hati Pak Leman, sanggup berkongsi serba sedikit dengan orang lain walaupun dia juga hidup dalam serba kekurangan. Semoga Allah murahkan rezeki Pak Leman. Terima kasih juga kepada Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Sama-sama kita doakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik agar dipermudahkan urusan Ustaz Ebit dalam menyampaikan dakwah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..