” Abang rasa tak tenang, di Malaysia orang suka mengata abang.. “

Dato’ Aliff Syukri Luah Perasaan Kecewa Dan Sedih, Tak Sangka Ini Respon Bonda Rozita Ibrahim !!

Nama pasangan usahawan terkenal dan juga merupakan jutawan, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka juga banyak melahirkan usahawan baru yang turut bergelar jutawan.

Hasil perkahwinan dengan isterinya Datin Shahida, mereka dikurniakan 4 orang anak yang diberi nama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusof Alqardawi. Pasangan ini juga turut mengambil anak angkat yang diberi nama Ameena. Dato’ Aliff dan Datin Shahida sering berkongsi video-video anak mereka di Instagram.

Baru-baru ini dikhabarkan rumahtangga Dato’ Aliff dan Datin Shahida seperti dilanda masalah. Dato’ Aliff ada memuatnaik gambar bersama anak-anak dan juga ibunya Bonda Rozita Ibrahim tanpa isterinya Datin Shahida dengan kapsyen yang sed1h dan seolah-olah memerl1 isterinya itu. Namun begitu, Dato’ Aliff telah mengubah (edit) kapsyennya.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff meluahkan rasa rindu terhadapa rumahnya dan mengataka dirinya kini tidak tenang kerana ramai yang mengec4mnya. Menurut komen netizen, kapsyen asal bagi posting ini adalah lain, Dato’ Aliff sekali lagi telah menukar (edit) kapsyennya yang baru.

” Ill miss my house, abg rasa tak tenang.. di malaysia org suka mengata abg.. “

Rata-rata netizen memberikan nasihat untuk Dato’ Aliff. Antara komen-komen netizen :

” Istifar, zikir & ingat Allah berdoa semoga ditenangkn hati.. “

” Tak patut.. Kami org Malaysia, memerlukan orang sperti dato utk jadi contoh utk berjaya.. “

” Kesian lahai dato ni.. rumah besar duit byk tp jiwa xtenang… mcm ni.. sy advice kn… sila privacy kan diri dgn kehidupan peribadi… jgn la selalu sgt expose kn diri dlm ig ni…. fokus pada familly… anak2…. perniagaan… buat masa ni fokus ke Datin nk beranak dah tu…. kebahagiaan dato sebenar nya ke familly… bukan benda lain…. bawak familly tu berjemaah.. “

” Buat apa nak menetap ke luar negara… hidup kena byk bersabar.. “

” Dduk je kt mna² dtuk jnji kita sntiasa ingat Allah.. “

” Baiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia, In Sya Allah hati akan lebih tenang.. “

Namun begitu, entri Dato’ Aliff turut mendapat komen daripada ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim. Komen Bonda turut menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi.

Betul cakap Bonda tu Dato’ Aliff, tempat kita mengadu adalah sujud dan berdoa kepada Allah. Perbaiki perhubungan kita dengan orang di sekeliling kita dan hubungan kita dengan Allah, inshAllah kita akan jumpa ketenangan dalam hidup. Sebagai manusia, kita akan sering diuji.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan Dato’ Aliff dan Datin Shahida kembali jernih dan urusan Dato’ Aliff dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..