” Gambar bapak ? Ya Allah.. betoiiiii !! Ulang-ulang tengok, alahai cutenyaa.. “

Gelagat Syeriv Samheizy Apabila Ternampak Gambar Ayahnya Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai Tak Pernah Tak Comel !!

Anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy tidak perlu diperkenalkan lagi. Muka dan gelagatnya yang comel sentiasa menarik perhatian netizen.

Malah Syeriv juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sehingga kini akaun instagramnya mempuya 857 ribu orang pengikut yang dikendalikan oleh ibunya, Syatilla Melvin.

Kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu update terbaru, sama ada gambar atau video-video Syeriv dimuatnaik di instagram. Telatahnya yang comel itu membuatkan ramai yang terpaut hati.

Menerusi akaun instagram, Shaheizy Sam berkongsi video Syeriv yang dirakamkan oleh isterinya. Menerusi video ini, Syeriv sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain dalam sebuah rumah. Syeriv yang sedang memegang sesuatu menyebut ” Bapak.. bapak.. “.

Apabila dipanggil oleh ibunya, Syeriv terus memberikan sekeping gambar yang dipegangnya kepada ibunya. Apa yang menariknya, Syatila terkejut apabila melihat gambar itu. Memang betul apa yang diperkatakan, Syeriv memegang gambar yang ada wajah ayahnya.

Gambar tersebut adalah gambar perkahwinan Sam dan Syatilla. Cara Syeriv menyebut ” bapak.. bapak.. betuiiii… “ tersangatlah comel sehingga menarik perhatian ramai. Malah ada yang menonton video ini berulang-ulang kali tanpa jemu.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Alolooo. Napa, ia miss Bapak ke? @syerivsamheizy.. “

Rata-rata peminat terhibur degan gelagat Syeriz. Antara komen-komen peminat :

” Ulang² tgk.. pandai la @syerivsamheizy Ne.. comey sangat bila dye ckp btulll.. “

” Allah… bijak.. come bubu give bubu betoiiiii gambar bapak ? ! ya Allah betoiiiii !!! ulang2 tgk haaa cute nyaa.. “

” Haha rare g1la budak generasi sekarang panggil ayah ‘bapak’.. “

” Bagusnya.. ibu dia panggil terus bangun g kt ibu.. “

” Alhamdulillah..seronok tgk perkembangan ank membesar mcm ni.. hanya ibu bapa yg ada anak je yg dpt rse hppy brcampur sedih dia tu.. “

” Bapak. Betuuii. Betuuii. Alaa comei anak bapak.. “

” Banyak kali ulang….so cuteee… Moga membesar jd anak soleh yaaa… Comel jeee… cerdik !!! “

Alahai Syeriv, tak pernah tak comel. Ada saja gelagatnya yang mencuit hati. Kami di Berita Kopak mendoakan Syeriv membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh yang membahagiakan ibu dan bapa di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK /OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..