” Buboh ayaq dalam plastik dan sayoq mak hang.. ” – Ramona Zamzam

Gelagat Ramona Zamzam Mengajar Suami Warga Palestin Bercakap Dalam Loghat Utara Buat Ramai Yang Terhibur. Aduiiii Kelakar !!

Pelakon Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam atau lebih dikenali dengan nama Ramona Zam Zam berkahwin dengan suaminya yang merupakan seorang warga Palestin bernama Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

Pasangan ini mempunyai seorang bayi perempuan yang bernama Ivanna Alashkar yang lahir pada 7 Disember 2017.

Menerusi entri di akaun Instagramnya, Ramona berkongsi video sedang mengajar suaminya bercakap dalam loghat utara.

Apa yang menariknya sebelum menyebut ayat ‘Bubuh ayaq dalam plastik’ yang diminta oleh Ramona itu, suaminya sudah ketawa terbahak-bahak.

Setelah beberapa kali disuruh oleh Ramona, suaminya akur dan menyebut ayat dalam loghat utara itu dalam keadaan tergelak-gelak. Ramona akhirnya turut sama ketawa dengan telatah suaminya yang kelakar itu.

Tidak habis di situ, Ramona sekali lagi menyuruh suaminya menyebut ayat lain dalam loghat utara juga iaitu ‘ Sayuq mak hang.. ‘. Apabila Rami menyebutnya, sekali lagi kedengaran ketawa riuh pasangan ini.

Rata-rata peminat terhibur menonton aksi kelakar suami Ramona. Antara komen-komen peminat :

” Now I know why Ivanna always ceria…hahahha mak pak dia pun boleh tahan la masuq ayaq.. “

” Hahaha comel je pak arab ckp kedah bahasa ko weh hahaha.. sayoq mak hang hahaha.. “

” Well done.. waww pandai u’r hubby speak malay tpi dia punya gelak teww ngan akak sekali sakit perut..! ketawa berjmaah.. “

” Apa yg dok kelakar sgt tu.. geli hati betoi die nak sebut buboh ayaq dlm plastik dgn sayoq mak hang tu.. “

” Hahahahahahah part dia sebut Sayoq Mak Hang tu..sedap yakmat dengaq.. hahahaahaha.. lawak sungguh.. ‘

” Dia dgr pn nk ketawa inikan pulak kita. Berguling gelak. Hahaha.. “

Jom baca perkongsian Ramona dan tonton video di bawah :

” When you have a Palestinian hubby, you teach him how to speak Kedah.. BUBOH AYAQ DALAM PLASTIK & SAYOQ MAK HANG… “

Alahai sweet je pasangan ini kan ? Sudahlah sama cantik sama padan. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga rumahtangga Ramona dan suaminya Rami berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ramona Zamzam, Youtube Asal Artis by Berita Kopak / Oh Kopak

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..