” What is ‘tenang’ ? Why ‘tenang’ is calm ? What is relax ? Tenang.. Tenang.. “

Pertanyaan Lara Alana Buat Awal Ashaari Sampai Habis Akal Nak Jawab. Bijak Betul Lara Ni !!

Lara Alana bukan satu nama yang asing lagi bagi peminat tempatan. Sehingga kini Lara mempunyai jumlah pengikut seramai 3.3 juta di akaun Instagram.

Anak kepada pasangan pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini dikenali ramai sehingga dilantik menjadi duta produk barangan kanak-kanak.

Melalui laman Instagram Lara yang dikendalikan kedua ibu bapanya, banyak video-video gelagat seharian Lara dimuatnaik. Telatah Lara yang ceria buat sesiapa sahaja geram dengan kecomelannya.

Menerusi akaun instagram, Awal Ashaari memuatnaik perbualan dengan Lara dalam kereta semasa ingin menghantar Lara ke sekolah pada waktu pagi.

Apa yang menariknya Lara tidak berhenti-henti bertanya soalan sehingga Awal Ashaari pun kelu nak terangkan macam mana pada Lara. Ini antara salah satu proses pembesaran anak-anak yang ingin tahu sesuatu.

Lara fasih dan selalu berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Apabila sesekali bercakap dalam bahasa Melayu, nampak sangat-sangat comel.

” Tenang… Tenang.. “

Jom tonton video Lara di bawah :

” Haaa macam mana kau nak explain kat dia ni ?

  • L: What is tenang?
  • D: Tenang is calm.
  • L: Why tenang is calm?
  • D: Calm is relaxed.
  • L: What is relax?
  • D: …. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Lara. Antara komen-komen peminat :

” Pandai nya lara.. luvv this video.. tenang tenang… “

” She is soooo cute!! Nak gig1t pipi dia! Oopps tenang tenang.. @awalashaari.. “

” Budak bijak mmg x kan berhenti bertanya.. “

” Hahaha she will come out with thousand questions soon.. “

” Napee cute sgttt lara niier…. Suka tgk dia… Love u lara… “

” Nampak sgt.. Cikgu yg cakap tenang2.. Haha.. Cute lara.. good job.. “

” @laraalanaa oii.. ckp tenang tenang tenang pun nmpk cute.. smpi ulang tgk byk kali.. ishh.. “

” Lara…. Kalau acik jumpa lara, acik xleh tenang dah.. Comel sangatttt.. “

” Aduhaiiii… Lara is so cute..sgt2 cute hokey… Bijak sgt ni x pdn ngan usia… “

Admin belanja beberapa lagi video Lara yang sangat comel :

View this post on Instagram

Singsong otw to school with Daddy. #kisahlaradandaddy

A post shared by Lara Alana (@laraalanaa) on

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Lara membesar dengan sihat dan bijak, menjadi insan berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Teruskan ‘update’ video-video telatah Lara setiap hari. Ramai yang sukakannya. Comel sangat !!

Silakan SHARE…

Sumber : IG Awal Ashaari by Berita Kopak / Oh Kopak

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..