” Siapakah gerangan makcik ini ? Siapa yang kenal beliau, mohon DM saya nombor telefon dia.. “- Erma Fatima

Sebuah video yang dimuatnaik di Instagram Pengarah dan Penerbit Filem, Erma Fatima menunjukkan seorang wanita yang sedang membawakan lagu ‘Puteri Kota’ yang dipopularkan oleh Ratu Rock tanahair Ella.

Wanita yang bertudung dan berbaju hijau itu begitu menarik perhatian netizen kerana suaranya yang seakan-akan penyanyi bersuara serak basah kesayangan ramai itu.

Pada kapsyen Instagram yang dimuatnaik bersama video tersebut, Erma Fatima meminta netizen yang mengenali wanita tersebut supaya menghubunginya kerana ada tawaran yang mahu diberikan kepada wanita tersebut.

Walaupun badannya sedikit berisi, tetapi wanita tersebut menunjukkan bakat nyanyian yang tidak kalah dengan gaya penyanyi profesional

Rata-rata netizen begitu terpaku dengan suaranya yang mantap

Apapun semoga Erma fatima dapat menemui wanita tersebut dan semoga rezeki wanita tersebut lebih murah lagi rezekinya kerana bakatnya yang mengagumkan ramai orang.

Tonton VIDEO Nyanyian Wanita Tersebut Di Bawah Ini

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak & Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..