” Dah macam Kueh Tepong Gomak lah mak ni. Siap kata melawa sebab nak cari suami baru.. “

Gelagat Chef Wan Mengusik Cik Ani Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai Comelnya Cik Ani !!

Nama Datuk Professor Chef Wan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang Chef yang sangat berpengalaman dan terkenal di Malaysia, Asia dan beberapa negara luar yang lain.

Namun begitu, walau hebat mana pun seorang anak, tanpa restu dan doa seorang ibu, seorang anak tidak akan berjaya. Walau betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya.

Inilah yang dilakukan oleh chef bertaraf antarabangsa, Chef Wan dalam melayani ibunya yang mesra dengan panggilan Cik Ani yang semakin lanjut usia. Walau kejayaan Chef Wan begitu gemilang di arena masakan, hatinya sentiasa tunduk ke bumi apabila menjaga ibunya, Cik Ani.

Chef Wan sering memuatnaik video bersama ibunya. Telatah mereka sangat mencuit hati. Malah Chef Wan suka mengusik dan bergurau senda dengan ibunya yang tersayang itu.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan memuatnaik satu lagi video rakaman ibunya telah di’make up’ oleh seorang jurumekap.

Wajah Cik Ani jadi bertambah cantik dan berseri-seri selepas di’make up’.

Senyuman Cik Ani menawan hati.

Apa yang menariknya apabila Chef bertanya kenapa ibunya make up berlebih-lebih ? Jawapan Cik Ani buat ramai yang terhibur.

” Saya nak cari suami baru.. “

Alahai serius comel Cik Ani ni. Tak pernah tak comel. Perbualan seterusnya juga akan membuatkan anda tersenyum melihat gelagat Cik Ani.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Ahhh tu dia dah mcm Kueh Tepong Gomak la mak ni.. 8675 dah boleh ambil no ekor pulak lepas ni kata si Baby tadi ! “

Rata-rata netizen terhibur dengan video gelagat 2 beranak ini dan ramai yang memuji-muji kecantikan Cik Anin. Antara komen-komen netizen :

” Nenek ani pandai joke lah.. tak kering gusi kita di buatnye.. semoga Allah melindungi nenek.. amin.. “

” Hehe Lawak Cik Ani turun kat dcw. Tak lama lagi dot ayah baru la ya.. Cik Ani bertambah ayu.. “

” Cik Ani mmg Cantik…. Rasanya masa remaja dulu ramai yg tergil22 kat Cik Ani.. “

” Omg!!!! Puan Ani ni cute lah. she said “nak cari suami baru”.. love her soooo much. Smg bonda DCW tersyg d lindungi Allah selalu.. “

” I think cik Ani waktu muda2 … muka seiras Serina… slalunya cucu perempuan mewarisi kecantikkan nenek…. “

” Amboi cik ani mulut meqah menyala.. ramai yg tergoda ni… @_chefwan58 suka menyakat cik ani mmg sporting la anak beranak ni.. “

” Allahuakhbar… i luv u cik ani… n0tty lah dato @_chefwan58 … moga Allah terus memberi kesihatan yg baik buat dato & cik ani syg.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Ani sentiasa sihat dan ceria selalu di samping anak-anak tersayang.

Terima kasih Chef Wan kerana selalu berkongsi video dengan Cik Ani. Semoga boleh menjadi contoh kepada anak-anak di luar sana supaya tidak mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah berusia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak & Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..