” Tido jelah yusuf. Nanti jatuh pulak botol susu atas muka haha. Alahai comel je.. “

Gelagat Yusuf Iskandar Sedang Mamai Sambil Hisap Botol Susu Tarik Perhatian Netizen !!

Si cilik Yusuf Iskandar tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia kenal anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini.

Gelagat Yusuf tidak pernah tidak melucukan. Sebut sahaja Yusuf pastinya keletah bersahaja anak kecil ini menjadi perhatian dan mencuri tumpuan orang ramai.

Yusuf yang baru berusia 2 tahun lebih ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sehingga kini, Yusuf memperolehi 2.4 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Gelagat dan ragam Yusuf dapat dilihat menerusi video dan foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya atau Instagram ibu bapanya, Hanis dan Hairul.

Mimik muka Yusuf ketika bergambar serta kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri menarik perhatian pengikutnya di Instagram. Lebih-lebih lagi bila gambar dan video bersama kucing kesayangannya, Bujibu Champel dimuatnaik di IG.

Entri itu akan membuatkan peminat turut membalas komen-komen lucu yang berkaitan dengan kapsyen selain mengusik Yusuf dan Bujibu.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Filem Paskal, Hairul Azreen telah berkongsi sebuah video gelagat Yusuf yang sedang tidur sambil menghisap susu botol. Telatah Yusuf yang sedang mamai ini membuatkan netizen geram dengan kecomelannya.

Tonton video penuh di bawah :

View this post on Instagram

@theyusufiskandar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata peminat yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan telatah comel Yusuf. Antara komen-komen peminat :

” Tido jelah yusuf. Kang jatuh botol kena muka haha. Comel je.. “

” Yusuuuuuuuf mengantok pon comelllllll… “

” Tidoooo pon nampk kehenseman nye tuuu.. “

” Dengar lagu tu sampai mengantuk dibuatnya.. “

” Eee geramnya pipi merah merah.. “

” Hehe…Paskal Jr minum susu botol lg….cute aje… “

” Muka mummy dia sgt anak bujang ni. penat ye alo alo… “

” Alahai comelnya #paskaljunior tidur.. “

Kami kongsikan beberapa lagi video Yusuf :

View this post on Instagram

Saya suka pulak video ni 😍 @theyusufiskandar

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

” Sebenarnya penat gak tiup bubbles ni, tapi anak dah puji well done Mommy kita pun tiuplah doploh juta kali.. ”

Alahai Yusuf, tidur pun comel je. Penat sangat ke tu ? Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Yusuf membesar dengan sihat dan bijak, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan ibu bapa dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen by Berita Kopak & Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..