” Adoii lah kau ni Anas. Ger4mmnyaa lahaiii. Amboiii.. Feeling kemain.. “

Gelagat Fattah Anas Pejam Mata Menghayati Lagu Jampi, Hael Husaini Buat Ramai Terhibur !!

Nama Fattah Anas tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia mengenali si cilik yang baru berusia 3 tahun ini sejak videonya menjadi ‘kucing’ di dalam sangkat menjadi viral beberapa bulan yang lalu.

Sejak itu Anas dan Papanya, Muhamad Firdaus, sering dijemput untuk menjadi tetamu undangan dalam program televisyen dan radio seperti Meletop, Motif Viral, Radio Kool FM dan banyak lagi.

Populariti Anas semakin menyerlah dan Anas kini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri persis seorang artis. Sehingga kini, akaun instagram Anas memperolehi seramai 535 ribu pengikut yang sentiasa menanti ‘update’ terkini setiap hari.

Papa Anas juga tidak ‘lokek’ berkongsi video-video menarik aktiviti harian Anas. Video-video Anas biasanya mendapat banyak ‘likes’ dan komen setiap kali dimuatnaik. Rata-rata netizen sangat terhibur dengan telatah Anas dan geram dengan kecomelannya.

Yang terbaru, Papa Anas memuat naik video bersama Anas dalam sebuah kereta. Ketika itu Anas sedang memejamkan mata menghayati lagu Jampi nyanyian Hael Husaini yang berkumandang di radio.

Gelagat Anas dengan mimik muka yang comel dan bersahaja sambil memejam mata itu menarik perhatian ramai sehingga memperolehi banyak like dan komen.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Dia punya feeling lah kalah penyanyi asal tu @haelhusaini.. “

 

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Anas. Antara komen-komen netizen :

” Aduhaiii gerammm tgk si anas…. tk pernah muak tgk video² ko dik…. “

” Alolo tomeynya anas wt muka cm gitu… gerammmnya la haiiii.. “

” Lama dah aku perhati anas ni kenapa comel sangat anas. Gerammnya lahaii . Kalau aku dapat ni aku gigiit gigiit pipi anas ni.. “

” Dia punya feeling tu xblh tahan tgk… Alahai anas semua dia pandai la… “

” Fuhyoo! anas feling lagu healhusaini. terbaik lah sgt3 dia feel mendalam pulak saya rasa anas ni ada bakat menari so video ni saya enjoy dan happy.. “

” Comel teruk la anas ni… acik gigiit pipi pau tu kang… “

” Adoii lah kau ni dik.. geramm nyaa lahaiiiii … Feeling kemain , bagus betul menjiwai lagu.. hahaha pipi tu dahlah mntak kena gigiit.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan Anas membesar dengan sihat dan bijak, menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Teruskan menceriakan hari-hari kami dengan telatah Anas yang comel itu ok !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..