Aksi Anak Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Makan Buah Oren Tarik Perhatian Netizen. Alahai Comelnya Aafiyah !!

Aksi Anak Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Makan Buah Oren Tarik Perhatian Netizen. Alahai Comelnya Aafiyah !!

Siapa tak kenal dengan anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid. Wajah comel Si Pipi Merah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini membuatkan sesiapa pun tidak jemu menatap wajahnya.

Kehadirannya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sahaja, tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat penyanyi yang telah memenangi banyak anugerah ini.

Malah peminat-peminat yang berada di Indonesia, Singapura dan Brunei juga turut mendoakan pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan kehadiran Si Pipi Merah, Aafiyah ini.

Selepas 11 tahun Datuk Siti menanti untuk bergelar ibu manakala Datuk Khalid menunggu selama 18 tahun bagi memperoleh cahaya mata perempuan, kelahiran Siti Aafiyah merupakan suatu anugerah terbesar buat mereka.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama itu dipilih ketika pasangan itu mengerjakan umrah tahun lalu.

Datuk Siti juga tidak menyangka lagu Comel Pipi Merah yang dibuat khas untuk anaknya menjadi siulan masyarakat. Menurut Datuk Siti, beliau berhasrat untuk memiliki seorang anak lelaki selepas kelahiran Siti Aafiyah tetapi ia bergantung pada nasihat doktor.

Datuk Siti mengambil nasihat suaminya agar tidak kerap memuat naik gambar anak perempuan mereka, Siti Aafiyah di media sosial kerana bimbang Aafiyah akan menjadi sasaran netizen yang tidak senang akan keadaan itu yang pada akhirnya akan menjadi bahan umpatan.

Walau pun begitu peminat tetap setia menantikan ‘update’ terbaru, gambar-gambar dan video-video Aafiyah di akaun instagram Datuk Siti.

Yang terbaru, Datuk Siti berkongsi satu video Aafiyah sedang makan buah oren. Menurut Datuk Siti, semasa mengandungkan Aafiyah, beliau teringin sangat nak makan buah oren Palestin.

Kebetulan ada oren yang manis, beliau berikan kepada Aafiyah dan Aafiyah menyukainya. Aksi Aafiyah memakan buah oren itu membuatkan ramai yang geram dengan kecomelannya.

Jom tonton video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

πŸ˜…πŸ‘

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat dan aksi Aafiyah memakan buah oren. Antara komen-komen peminat :

” Mengidam limau palestine tokti patutlah air liur melelih Aafiyah …suka Aafiyah makan buah limau ya.. geram budak baik ni .. “

” Aafiyah kesayangan ibu. So cute and happy dpt makan oren.. “

” Bagus Tu dctk.. didik Dari kecikk makanan berkhasiat.. dah besar ni senang nak makan makanan berkhasiat.. yeayyyy.. “

” Wow sedap nya dia makan my idola @ctdk Terbaik lh semoga besar dng sihat dan kuat tu mcm ibu dia juga. . “

” Alalala pandai ya suka rasa oren…Geramnya tengok Aafiah Si comel pipi gebu ni.. “

” Tgk Aafiyah mkn oren, aunty plk telan air liur.. mana nk cari oren palestine.. jgn soh g sana plk.. “

Kami kongsikan juga beberapa video dan gambar Aafiyah untuk tatapan semua :

 

View this post on Instagram

 

πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

View this post on Instagram

 

geram macam nak gigit #ketapbibir 😬😬😬

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Alahai Aafiyah, makan oren pun comel. Tak sabar nak tunggu Aafiyah besar. Mesti cantik, baik, sopan santun macam ibunya.

Kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi insan berguna kepada ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang Aafiyah ceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin by Berita Kopak / Oh Kopak